• Nadi Bangi

Lelaki Ditahan Sebab Beri Bayi Minum Arak

Oleh: Andrew

Penyunting: Ariq


Sumber: Kosmo.com


TELUK BAHANG, 22 Jun - Seorang lelaki telah ditahan sebab tindakan menyebarkan video berdurasi 30 saat yang menunjukkan dirinya memberi minuman tin yang dipercayai berakohol kepada seorang bayi, sehingga menimbulkan kemarahan orang ramai selepas video tersebut viral dalam media sosial.


Kejadian ini didapati berlaku pada Mac lalu di rumah sewa suspek di Kampung Telok Awak, Teluk Bahang. Video berkenaan dipercayai dirakam rakan suspek dan ketika itu bayi lelaki berkenaan baru berusia lima bulan.


Pelbagai respon komentar ditunjukkan di dalam video tersebut daripada awam yang melihat, banyak daripada respon awam yang marah terhadap lelaki tersebut dan merisaukan kondisi kesihatan daripada bayi yang menjadi mangsa.


Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, “Suspek ditahan di sekitar Teluk Bahang, pada pukul 1.30 petang. Insiden tersebut didakwa berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang, Balik Pulau.”


"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan. Mangsa berusia sembilan bulan kini berada dalam keadaan sihat namun dibawa ke hospital bagi pemeriksaan lanjut, kata Kamrul Rizal.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia”, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal.


Selain daripada itu, Ketua Pergerakan Anti Arak Murah Malaysia, David Marshel berkata, pihaknya membuat satu laporan polis di Perai hari ini selepas melihat kiriman video tersebut.


“Laporan dibuat agar pihak polis membuat siasatan terhadap pelaku dan mengambil tindakan yang sewajarnya di bawah peruntukan undang-undang.”


“Perbuatan terkutuk ini harus dihentikan dan bayi tersebut juga perlu dijauhkan daripada lelaki yang tidak bertanggungjawab itu”, katanya dalam satu kanyataan hari ini.


“Beliau berkata, pihaknya turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil tindakan segera bagi melakukan pemeriksaan dan membuat ujian darah terhadap bayi itu untuk memastikan dia tidak terdedah dengan kandungan alkohol.”


12 views0 comments

Related Posts

See All