top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Lelaki Ditumbuk Tanpa Sebab

Updated: Nov 10, 2021

Penulis: Nur Syuhada Abdul Jalil

Penyunting: Muhammad Fareez Budiman Naim

Sumber: Twitter


TEBRAU, 30 Oktober - Seorang lelaki trauma selepas ditumbuk tanpa sebab di hadapan sebuah pusat membeli belah di Tebrau, Johor petang semalam.


Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 2.50 petang yang tular di laman sosial berdurasi 20 saat itu berjaya menarik ribuan tontonan.


Muhammad Hafiz Manan, 24 walau bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan selepas ditumbuk oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.


Menurut Hafiz, sebelum itu beliau sedang berjalan sambil menggunakan telefon bimbit menuju ke pintu masuk pusat membeli belah tersebut untuk menghadiri temuduga kerja pada hari kejadian.


Katanya lagi, semasa beliau sedang berjalan, secara tiba-tiba beliau telah diserang dan ditumbuk oleh seorang lelaki di bahagian muka.


“Dia hanya memandang saya tanpa berkata apa-apa selepas menumbuk saya lalu berjalan dan menendang orang lain di belakang saya.” tambah beliau.


Menurut Hafiz lagi, beliau telah menghantar aduan melalui e-mel kepada perkhidmatan pelanggan AEON Tebrau City untuk mengambil tindakan segera. Beliau juga telah dimaklumkan bahawa beberapa mangsa lain di bawah ciapannya di media sosial telah membuat laporan polis mengenai kes tersebut.


Beliau yang tidak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis telah dimaklumkan bahawa terdapat kira-kira tiga hingga empat anggota polis membuat rondaan di tempat kejadian pada keesokan hari.


Menerusi platform media sosial, beliau meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak berjalan seorang diri semasa berada di pusat membeli belah tersebut untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.



509 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page