Nadi Bangi
Lelaki Pecahkan Cermin Kereta Cetus Trauma Isteri dan Anak-Anak Berjaya Ditahan
Penulis: Shaffiq Fauzan
Penyunting: Thor Zhi Xin

Sumber: Facebook
BANGI, 15 Dis – Seorang ibu berserta dua orang anaknya trauma selepas cermin kereta milik wanita tersebut dipecahkan oleh suaminya sendiri atas alasan ingin memberikan duit kepada anaknya.
Menurut Amira Nabila, suaminya dilihat menghalang kereta yang dinaiki olehnya serta dua orang anaknya dengan motorsikalnya dan menyuruh mangsa untuk membuka cermin supaya dia mampu memberikan duit belanja kepada anaknya tetapi Amira cuma membuka sedikit sahaja tingkapnya sebagai langkah berjaga-jaga.
Suami Amira dilihat bertindak dengan merentap cermin keretanya dan menyebabkan cermin kereta yang pecah itu terkena salah seorang anaknya sehingga anaknya teriak ketakutan dengan kelakuan ayahnya itu.
Video yang tular berdurasi 26 saat yang berjaya dirakam olehnya telah mendapat tontonan 1.2 juta dan 31 ribu perkongsian di dalam Facebook. Ruangan komen dipenuhi dengan rasa tidak puas hati terhadap kelakuan suaminya yang dianggap panas baran serta membahayakan isteri serta anaknya.
“Aku sedih part anak teriak. Seorang ayah yang panas baran. Seriously tak layak jadi pemimpin keluarga. Harap ada tindakan daripada pihak polis. Tu baru sikit. Entah apa lagi yang isteri dia perlu hadapi sebelum ni. Elok sis move on, bercerai kalau dah sampai tahap tu. Nanti anak-anak pula akan jadi mangsa. Semoga ada hikmah untuk sis dan anak-anak.” ujar Atyn Anzn di dalam ruangan komen Amira.
“ Tak patut lah buat depan anak-anak macam ni. Tak fikir ke kalau serpihan kaca kena dekat anak. Apa la perangai. Patut bulan 4 tu terus bercerai. Tak perlu simpan lelaki jenis panas baran macam ni.” ujar Nyza Goldrich yang membimbangkan tentang anak mangsa.
Amira turut menyatakan bahawa perkara ini bukanlah yang pertama terjadi kepada keluarganya.
“Sebelum ini dia mengugut untuk mengambil kereta saya, siap mention nak bakar lagi. Sebelum ini juga dah berkali-kali jadi perebutan kunci antara saya dengan suami saya, sampai buang angin tayar kereta pun ada” ujarnya di dalam Facebook.
Mangsa di dalam penulisannya di Facebook turut menyatakan bahawa dia dan suami berada dalam proses penceraian dan sudah tidak duduk serumah sejak bulan April 2021 lagi.
Kes ini sudah mendapat perhatian Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Ahmad Shukri Mat Akhir dan siasatan lanjut akan dijalankan dalam masa yang terdekat kerana pelaku telah berjaya ditahan pada hari kejadian.