top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Lintasan Pejalan Kaki Ala Shibuya Di Bukit Bintang

Oleh: Sharon Tang Kah Yee

Penyunting: Low Jie Jane


Sumber: Facebook Dewan bandaraya KL


KUALA LUMPUR, 20 Jun- Pernahkah anda dengar lintasan yang terkenal iaitu Shibuya Crossing? Sekarang, lintasan tersebut boleh dikesan di persimpangan Jalan Bukit Bintang dimana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan pembaharuan pejalan kaki ala Shibuya pada 19 Jun yang menjadi perhatian dalam kalangan netizen.


Senario tersebut telah memberi satu bayangan dan gambaran di negara Jepun iaitu di Shibuya, Tokyo dimana negeri tersebut dikenali akan laluan merentas yang terbesar dan dipanggil sebagai ‘Shibuya Scramble Crossing’. Lintasan ‘Shibuya Scramble’ juga terkenal dengan perebutan lalu lintas yang luar biasa dimana berlakunya setiap kali lampu isyarat bertukar menjadi merah, kenderaan akan berhenti dari setiap arah untuk membolehkan gelombang pejalan kaki besar melintas ke persimpangan untuk beberapa saat. Pada tahun 2016, dianggarkan sebanyak 3,000 pejalan kaki boleh melintasi persimpangan untuk setiap lampu hijau dalam masa 2 minit.


Bukit Bintang merupakan antara tempat yang terkenal kerana kawasan tersebut terletak di pusat bandar Kuala Lumpur. Ini membawa maksud dimana bukan sahaja penduduk domestik yang banyak melawat Bukit Bintang tetapi juga pelancong dari luar yang datang melawat ke Bukit Bintang sebagai destinasi melancong. Pejalan kaki yang baru ini terletak di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang di mana stesen MRT dan monorel Bukit Bintang berada.


Menurut akaun Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), lintasan pejalan kaki ini dibuat bagi memastikan kemudahan dan keselamatan pejalan kaki lebih terjamin di lokasi terbabit. Perubahan ini membolehkan pejalan kaki melintasi jalan ke semua arah secara serentak dan mengoptimumkan waktu melintas. Sebelum lintasan pejalan kaki ‘Shibuya’ ini ada, pejalan kaki perlu menunggu giliran untuk melintas jalan dan perkara ini telah menyebabkan pejalan kaki untuk melanggar peraturan bagi menjimatkan masa.


Secara tidak langsungnya, perkara tersebut telah memberi kebaikan dimana sistem baru lintasan pejalan kaki ‘Shibuya’ ini di Bukit Bintang membolehkan pejalan kaki melintas dari semua arah dan menyerong pada masa yang sama kerana tidak perlu lagi menunggu giliran untuk melintas serta menghentikan semua kenderaan pada waktu yang sama.


Lintasan ala Shibuya tersebut telah mewujudkan beberapa komen yang boleh dilihat melalui media sosial oleh rakyat terhadap lintasan pejalan kaki ‘Shibuya’ tersebut.


“Wah Shibuya Malaysiaaa 😄” oleh Kamilah Ab Rahman di laman Facebook.


“bijak. terima kasih DBKL” oleh Shazemma Syed Zainal Abidin di laman Facebook.


“Menarikkkk.... Wowwww lamanya x jalan bukit bintang” oleh Cikpon Liz di laman Facebook.


70 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page