Oleh: Andrew
Penyunting: Ariq
Sumber: Youtube
BANGI, 9 Jun- Seorang penyanyi rapper lelaki terkenal Malaysia yang bernama Namewee kembali menimbulkan kontroversi atas dakwaan penulisan lirik lagunya yang terkandung pernyataan sensitif terhadap kumpulan idol Blackpink.
Rapper Malaysia Namewee 38 tahun dikecam oleh penggemar Blackpink kerana melakukan seksualisasi terhadap idola kesukaan mereka dalam lagu terbarunya ‘You Know Who Is My Father?’. Lagu ini telah dipersembahkan dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Melayu, mengandungi baris yang berbunyi: "Sentiasa menonton Blackpink dan melancap".
Selepas lagu ‘You Know Who Is My Father?’ mula dimuat naik dan disebarkan dalam sosial media pada tarikh 28 Mei 2021, ia telah mencetuskan kemarahan penggemar Blackpink ,walaupun ayat itu dikaburkan di dalam muzik video berkenaan, namun ianya kekal disebut dalam bahasa Mandarin dalam audio asal. Para netizen mulai memberikan komentar terhadap isu tersebut di Youtube dan pelbagai platform sosial media yang lain.
Di ruangan komen pula, terdapat banyak penggemar Blackpink mula mengecam hebat lagu tersebut kerana menyentuh sensitiviti selain menuntut penyanyi ini membuat permohonan maaf secara terbuka. Dikatakan, “Lagu ini merupakan kolaborasi antara Namewee dan juga platform perjudian secara atas talian” ataupun “Sebahagian pengguna media sosial juga memberi komen seperti Namewee tidak menghormati golongan wanita.”
Selepas lagu tersebut ditayangkan dan berlakunya kes tersebut, Namewee juga memuat naik pandangan beliau dalam Facebook seperti:
“Hello peminat Blackpink. Terima kasih kerana menambah jumlah tontonan, sila teruskan! How you like that that that that…”
“Sudah sekian lama saya tidak diserang oleh sejumlah orang yang ramai kerana lagu yang ditulis. Lawan saya kali ini ialah peminat Blackpink. Saya mahu ucapkan, terima kasih untuk jumlah tontonan…”
“Apa yang saya boleh katakan, kesemua peminat antarabangsa ini mempunyai kerjasama yang bagus dan kemampuan untuk mengumpulkan ramai orang. Sedih apabila mereka tak tahu apa sebenarnya lagu ini cuba sampaikan, walaupun mereka boleh berseronok melayan K-Pop meskipun tidak memahami bahasa Korea seperti saya juga tidak memahami bahasa Jepun namun gembira apabila menonton filem lucah mereka, katakan Namewee.”
Sebenarnya, Namewee sudah beberapa kali menimbulkan kontroversi atas dakwaan seperti penerbitan filem bersifat perkauman, penulisan lirik yang mengkritik kerajaan dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Namewee hanya mengekalkan dirinya untuk menghasilkan lagu atau filem dengan mengikuti idea sendiri walaupun akan menimbulkan sesuatu masalah juga.
Dalam sosial media, terdapat pelbagai jenis pengguna seperti yang menyokong Namewee ataupun mengecam Namewee. Terdapat juga pelbagai jenis komen daripada masing-masing terhadap kes tersebut. Ramai peminat Blackpink juga sedang menunggu kenyataan rasmi daripada YG Entertainment untuk mengeluarkan suara mengeluarkan suara terhadap ke kontroversi Namewee yang melibatkan Blackpink.
댓글