Penulis: Ghirija Muthu
Penyunting: Audrey Tung
Sumber: Bernama
KUALA LUMPUR, 7 Nov – Tidak seperti tahun lepas, premis-premis di sepanjang Jalan Tun Sambanthan, Little India Brickfields pada tahun ini kembali dibanjiri oleh orang ramai susulan sambutan perayaan Deepavali , namun SOP yang ditetapkan masih dalam keadaan yang terkawal dan dipatuhi oleh peniaga dan pembeli dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.
Baru- baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan sekatan perjalanan rentas negeri ditarik balik dan dibenarkan mulai 11 Oktober 2021. Oleh itu, orang ramai masih membeli-belah barangan keperluan di Little India, Jalan Tun Sambanthan semalam. Peniaga-peniaga terutamanya premis makanan dan bunga, berasa lega kerana premis mereka mula dibanjiri oleh orang ramai setelah beberapa bulan.
Bagi peniaga, Kumaresan, 54, dia berasa gembira melihat jumlah pelanggan yang meningkat sekaligus dapat meningkatkan hasil perniagaan mereka susulan kelonggaran rentas negeri dibenarkan pada tahun ini.
“Pada tahun ini, saya nampak jumlah pelanggan yang datang ke kedai saya meningkat. Saya rasa gembira kerana hasil perniagaan pun meningkat mungkin sebab ramai balik ke kampung untuk sambut Deepavali” katanya.
R. Kuna, penjual bunga berkata bunga-bunga yang diambil stok pada tahun ini, telah dijual habis dan dipesan semula semalam kerana masih ramai yang memerlukannya.
“Deepavali tahun lepas walaupun setelah 3 hari, saya tidak dapat menjual habis sebaliknya membuang semua bunga kerana dah layu. Tapi pada tahun ini, bunga yang ambil stok habis pada hari deepavali. Saya ‘order’ semula semalam sebab ramai pelanggan masih nak lagi”
Bukan peniaga sahaja yang dilihat gembira, malah pembeli juga berasa gembira dapat keluar bersama-sama dengan keluarga mereka setelah sekian lama bertujuan untuk membeli-belah di kawasan itu dengan mematuhi SOP yang ditetapkan seperti pemakaian penutup muka, penjarakan fizikal dan imbas kod MySejahtera.
Salah seorang pengunjung, S. Thurga Devi, memberitahu, dia berasa berpuas hati dengan keadaan yang terkawal di kawasan itu dan juga jualan-jualan yang murah menarik perhatian mereka untuk membelinya.
“Saya tengok Little India ini, ramai yang masih pakai ‘mask’ dan ada jarak antara satu sama lain semasa membeli barang-barang. Barangan yang dijual pun dengan harga yang murah dan peniaga bagi banyak diskaun. Jual barangan murah-murah ini, menarik perhatian saya untuk beli sebab setahun sekali sahaja diskaun ini diberi” katanya.
Susulan perayaan Deepavali ini, premis-premis di Little India Brickfields masih dikunjungi oleh orang ramai dan berharap agar semua rakyat dapat mematuhi SOP yang ditetapkan supaya dapat memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Very good👍🏻👍🏻👍🏻
An informative news articles !!
Very Informative Article !