top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Lot parkir terhad punca kesesakan kolej-kolej kediaman UKM

Penulis: Nurul Hidayu Binti Yahya

Penyunting: Nurul Syazwani Yazid


Sumber foto : Hidayu Yahya


BANGI, 3 Mei : Parkir kenderaan didakwa terlalu padat di kawasan kolej-kolej kediaman pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi punca kepada kesesakan di kawasan tersebut serta menimbulkan keluh kesah penghuni kolej yang membawa kenderaan.


Masalah lot parkir terhad yang melibatkan kolej-kolej kediaman di UKM seperti Kolej Keris Mas, Kolej Dato' Onn, Kolej Ungku Omar dan kolej lain juga menjadi keluhan para pelajar disebabkan oleh kapasiti kenderaan yang meningkat tidak seiring dengan lot parkir yang disediakan serta pelajar yang memiliki pelekat kenderaan yang dibenarkan dan berdaftar melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan UKM sepatutnya memperolehi sedikit kemudahan tetapi pemilikannya seperti tiada keperluan.


Setiausaha Pengarah Bahagian Keselamatan UKM, Puan Norbaity Arjuna Mohd Badris, memberi penjelasan bahawa isu ini dapat ditangani sekiranya memperoleh kerjasama daripada warga kolej kediaman kerana mereka lebih mengetahui situasi sebenar di kolej.


''Saya sarankan agar warga kolej membuat aduan kepada emel Bahagian Keselamatan UKM untuk meminta melaksanakan pemantauan berkala di kawasan kolej bagi mengenalpasti kenderaan yang tiada pelekat kenderaan,'' katanya ketika dihubungi.


Menurut beliau juga, tindakan saman akan di ambil oleh Bahagian Keselamatan setelah dapat mengenal pasti kenderaan di kawasan kolej yang tidak mempunyai pelekat kenderaan.


''Pihak kami tidak boleh memberi saman sewenang-wenangnya kerana tidak semua pemilik kenderaan adalah penghuni kolej ada juga yang merupakan pelawat jadi aduan daripada penghuni kolej boleh memudahkan kami untuk mengambil tindakan,''katanya lagi.


Kawalan yang dilaksanakan boleh menjadi salah satu inisiatif untuk mengurangkan penggunaan parkir oleh pengguna yang tidak berdaftar.


Penghuni Kolej Keris Mas (KKM), Nurul Uzma Binti Norazid (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pentadbiran, 2) menyatakan bahawa masa banyak dihabiskan semata-mata untuk mencari parkir kosong sehingga terpaksa berpusing di kawasan kolej berkali-kali.


''Mahu atau tidak, tiada pilihan terpaksa parkir sementara di kawasan yang tidak dibenarkan walaupun mengetahui ia adalah salah,''katanya.


Penghuni Kolej Ungku Omar (KUO) , Mohamad Noor Amirul Bin Mokhtar (Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media,2) berkata tempat parkir sudah sememangnya terhad tetapi peningkatan jumlah kenderaan yang rata-rata pemiliknya merupakan pelajar yang mendiami kolej kediaman menjadikan ia tidak mencukupi dan masalah ini tidak hanya disebabkan oleh kenderaan yang tidak memiliki pelekat kenderaan sahaja tetapi faktor lain juga berkemungkinan pelajar tahun 1 membawa kenderaan walaupun mereka tidak dibenarkan.


“Tiada pemantauan atau tindakan untuk mengenalpasti kenderaan yang mempunyai pelekat kenderaan dan kenderaan yang dibawa oleh pelajar tahun 1 yang menetap di kolej kediaman,”katanya.


Penghuni Kolej Dato' Onn (KDO), Natasha Yusri (Ijazah Sarjana Muda Sains Politik, 2), menyatakan ketidakpuasan hati kerana mereka yang mempunyai pelekat kenderaan sepatutnya ada sedikit kelebihan untuk mendapatkan parkir namun kebanyakan lot parkir ''didominasi'' oleh yang tidak memilikinya.


Sekiranya penghuni kolej-kolej kediaman yang membawa kenderaan belum mendaftar di laman sesawang Bahagian Keselamatan UKM boleh berbuat sedemikian di https://ewarga.ukm.my/trafik/ untuk mendapatkan pelekat kenderaan setelah permohonan diterima.



76 views1 comment

1 Comment

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
May 08, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

isu parkir ni patut di ambil serious

Like
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page