top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

M3P Berjaya Menarik Perhatian Warga FSSK

Penulis: Nur Aleeya Alisha Binti Mohammed Farish

Penyunting: Intan Sabrina Binti Hanapi


Sumber foto: Ameer Anuar



BANGI, 30 Okt - Sebanyak 6 kelab dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK) di UKM telah membuka gerai jualan sempena Program Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) pada 30 dan 31 Oktober yang lalu bertempat di laluan Chow Kit, FSSK dan berjaya menarik perhatian para pelajar dari fakulti tersebut.


Kelab-kelab seperti Media dan Komunikasi (MENTION), Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PKBL), Pusat kajian Pembangunan, Sosial & Persekitaran (Seeds), Pengajian Bahasa Melayu (KPM), Psikologi dan Kerja Sosial (Psyclub) dan Sejarah, Politik & Strategi (PESEPSI) telah memberikan komitmen sepenuhnya kepada program M3P ini dan kelab-kelab ini juga berjaya menghasilkan gerai jualan yang sebaiknya.


Menurut Ketua Projek bagi Program M3P, Sains Politik, Ameer Anuar, berkata objektif Program Minggu Pengenalan Persatuan Pelajar (M3P) ini adalah untuk memperkenalkan Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan (PMFSSK) beserta kelab-kelabnya kepada komuniti universiti.


“Bagi saya, ia berfungsi sebagai satu pameran yang memberi platform kepada PMFSSK dan kelab-kelab di FSSK ini untuk memperkenalkan diri kepada mahasiswa dan mahasiswi baru serta pelajar-pelajar yang sedia ada.


“Sambutan yang diberikan oleh para pengunjung yang hadir juga amat memberangsangkan dan kami mendapati bahawa mahasiswa baru dan pelajar yang sedia ada berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab-kelab ini.


“Apa yang saya lihat, kehadiran dan penyertaan aktif dalam pameran serta persembahan projek menunjukkan minat yang tinggi daripada komuniti universiti,” katanya kepada Nadi Bangi.


Ameer Anuar yang juga merupakan Timbalan Presiden PMFSSK menyatakan keistimewaan program M3P ini adalah dengan menyediakan peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dengan lebih mesra dengan kelab-kelab di FSSK ini.


“Pengunjung berupaya untuk memperoleh banyak maklumat tentang aktiviti yang ditawarkan oleh setiap kelab dan sekaligus menjadikan program ini berkesan dan informatif bagi semua yang hadir.


“Berdasarkan pemerhatian saya, program M3P ini telah berjaya dalam menaikkan nama kelab-kelab di FSSK ini di mana ia dapat dilihat daripada minat yang tinggi serta respon yang positif dari komuniti universiti dan pengurusan tertinggi fakulti,” katanya.


Dalam pada itu, Presiden bagi Kelab Mention, Aidil Yusrif turut menekankan bahawa program M3P ini merupakan satu langkah yang bagus dalam memperkenalkan kelab-kelab yang sedia ada.


“Mungkin pada program M3P yang sebelum ini, masih ramai yang tidak mengetahui apa itu Mention, Seeds, Pesepsi dan sebagainya jadi program M3P kalini berjaya untuk menghapuskan segala tanda tanya yang ada di minda para pengunjung yang hadir.


“Bagi saya, program M3P ini wajar untuk diteruskan pada masa akan datang kerana program ini merupakan satu ruangan yang bagus untuk mempromosikan apa-apa aktiviti bagi kelab yang ada di FSSK,” katanya.


Program M3P ini bukan sahaja berlangsung di FSSK malah juga di Pusanika dan beberapa fakulti lain di UKM. Seperti di FSSK, Program M3P ini juga berjaya memperoleh sambutan yang luar biasa dan pihak fakulti turut menerima maklumbalas yang positif menerusi program ini.


24 views1 comment

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page