top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Mahasiswa Luah Rasa Kesal terhadap Belanjawan 2021

Oleh : Ain Arifah

Penyunting : Sarah Marini

Sumber : Google

BANGI, 14 Nov – Media sosial menyaksikan mahasiswa dari seluruh Malaysia meluahkan rasa kesal terhadap sikap kerajaan yang seakan tidak mempedulikan golongan mahasiswa selepas Belanjawan 2021 dibentangkan di Bangunan Parlimen, Jumaat lalu.


Hasil daripada pembentangan tersebut, tiada insentif atau bantuan khusus yang diperuntukkan kepada golongan mahasiswa dalam belanjawan kali ini. Tindakan pihak kerajaan yang tidak mengendahkan golongan mahasiswa ini dilihat sangat tidak bertanggungjawab kerana mahasiswa juga terkesan dengan situasi pandemik ini.


Wakil kelab Mahasiswa UMNO Malaysia, saudara Syarul Amin telah menyuarakan ketidakpuasan hati beliau tentang tindakan pihak kerajaan yang menganaktirikan golongan mahasiswa di laman Instagram kelab tersebut.


“Mahasiswa masih lagi kecewa dengan Belanjawan 2021 ini kerana kami merasakan ibarat kami di anak tirikan oleh kerajaan pada kali ini. Tiada satu pun desakan dan suara mahasiswa didengari oleh kerajaan untuk membantu kami meneruskan pengajian kami,” ujar Syarul.


Selain itu, Kesatuan Mahasiswa se-Malaysia (KMM) juga telah mengeluarkan kenyataan respon balas bersama tentang Belanjawan 2021. KMM menegaskan dalam mendepani wabak pandemik ini, mahasiswa juga antara golongan yang terkesan dalam suasana ini. Oleh yang demikian, KMM mencadangkan kepada Kementerian untuk mencari jalan dan saluran supaya bantuan yang memperkasakan kebajikan pelajar dikembalikan.


“Kami memandang belanjawan 2021 bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan awam bagi memerangi COVID-19, ia juga peluang untuk kerajaan kembali menilai dan memberikan inisiatif dan insentif penting kepada segmen penting dalam masyarakat seperti mahasiswa,” respon balas daripada KMM.


Manakala di laman Twitter pula, Nadi Bangi sempat meninjau keluhan mahasiswa yang juga pengguna laman sosial tersebut meluahkan rasa kecewa dan pandangan mereka terhadap Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan.


“Hak students wajib ada jugak! #Bajet2021 #Belanjawan2021,” komen daripada pemegang akaun @_baemok.


Student IPTA & IPTS paling sunyi dalam bajet tadi. Student pon terjejas kerana COVID. #bajet2021 #Belanjawan2021,” komen daripada pemegang akaun @SafuanShaffuan.


Selain itu, dalam belanjawan 2021 yang telah dibentangkan, kerajaan turut memberikan insentif bantuan one-off sebanyak RM500.00 kepada para frontliners yang telah berbakti kepada negara dalam memerangi wabak COVID-19.

121 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page