top of page
  • Writer's pictureNur Aiman Syahmi Zainuddin

Mahasiswa Persoal Siapa Biaya Gerakan Watan UKM

Penulis: Nur Aiman Syahmi Zainuddin

Penyunting: Muhammad Yusry Haiqal Yusof


Situasi Pencalonan Pilihan Raya Kampus. Sumber Foto: Jawatankuasa Pilihanraya MPP UKM


BANGI, 24 Jan - Kewujudan sebuah gerakan politik pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menggelarkan gerakan tersebut sebagai Gerakan Watan UKM dipersoalkan khususnya dalam isu pembiayaan dana semenjak hari penubuhan gerakan.


Mantan Speaker Parlimen Mahasiswa UKM, Muhammad Syahmi Shamsudin, bertanyakan soalan kepada Gerakan Watan UKM melalui akaun Instagram peribadinya bahawa beliau tertarik untuk warga UKM tahu darimana ‘Dana’ gerakan tu diperolehi atau ‘Dana’ tersebut merupakan dana mereka sendiri melalui akaun Instagram pribadinya.


Soalan itu menarik minat Pengerusi Gerakan Mahasiswa Watan UKM, Iman Azhar untuk menjawab sifat ingin tahu warga UKM mengenai dana gerakan agar tidak wujudnya sebarang spekulasi yang tidak benar terhadap parti berikutan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang semakin hampir.


Jawab beliau “Saya dan pimpinan Mahasiswa Watan bersetuju tanpa sebarang isu membentangkan perbelanjaan dan dana yang dipersoalkan dalam masa yang terdekat,” katanya


Iman Azhar turut memberikan jaminan bahawa dana yang diperolehi bukan daripada sumber mana-mana politik di Malaysia.


“Kami sedia memberi jaminan pergerakan kami adalah melalui sumbangan dana ahli-ahli gerakan yang menyumbang serta dana-dana yang diperoleh daripada NGO-NGO kebajikan yang telah memeterai kerjasama baik dengan Watan UKM,” penulisan beliau di laman Instagram peribadinya.


Dalam penulisan beliau, beliau menafikan bahawa Gerakan Watan UKM ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana parti politik luar.


“Saya menafikan sekerasnya dengan kapasiti pengerusi gerakan ini yang berurusan semenjak penubuhan dan gerak kerja, bahawa tiada penglibatan mana-mana ahli politik atau golongan berkepentingan bersama Watan UKM,” katanya.


Gerakan Mahasiswa Watan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan sebuah gerakan kampus baharu yang telah ditubuhkan pada 31 Disember 2022 yang lepas dan dipengerusikan oleh Muhammad Iman Azhar, pelajar tahun 2, Fakulti Undang-Undang.


Gerakan Watan UKM antara gerakan yang akan bertanding sepanjang PRK bersama-sama dengan parti universiti yang lain seperti Gerakan Demokrat UKM, Gerakan Pendaulat Mahasiswa UKM dan Gerakan Inspirasi Varsiti UKM.


Mengikut kepada Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Tarikh bagi berkempen bagi keempat-empat gerakan ialah dari 25 Januari hingga 31 Januari 2023.


Manakala Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2022/2023 akan dijalankan pada 1 Februari hari rabu jam 8 pagi hingga 5 petang dan pada petang yang sama pada jam 6, keputusan penjumlahan undi bagi Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar turut akan diadakan di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh (DTAMS) UKM.




168 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page