top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

MAHASISWA UKM MENGHADAPI PEPERIKSAAN DI BULAN SYAWAL

Penulis: Nur Syahirah Jamal

Penyunting: Aida Yasmin Rosnizar




BANGI,28 Mei- Dalam kesibukan umat islam menyambut perayaan hari raya mahasiwa UKM perlu bersiap sedia bagi menghadapi peperiksaan akhir semester menjelang perayaan hari raya aidilfitri.


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak terlepas bersama dengan universiti lain mengadakan peperiksaan akhir bagi semester 2 bermula dari 10 jun sehingga 28 jun selama 3 minggu iaitu selepas cuti perayaan aidilfitri.


Persiapan bagi menyambut perayaan aidilfitri tidak menjejaskan mahasiswa UKM untuk bersiap sedia dalam menghadapi peperiksaan akhir.


Menurut salah seorang pelajar, Nor Shahera Zulkifli (Sarjana Muda Sastera) persiapan menjelang perayaan tidak menjejaskan dirinya untuk menghadapi peperiksaan akhir.


Katanya,”persiapan dalam menghadapi peperiksaan akhir dilakukan dengan baik begitu juga dengan tugasan akhir yang diberikan pensyarah sebelum menjelang perayaan

Tambahnya lagi “persiapan bagi menyambut aidilfitri juga telah dilakukan sebelum kedatangan bulan ramadan lagi jadi perkara ini memudahkan saya bersedia awal dalam menghadapi peperiksaan”.


Pelajar lain, Nurul Rabiatul Nazurah Mohd Yusoff (Sarjana Muda Undang-undang) berkata walaupun menghadapi minggu-minggu yang agak sibuk dalam menyiapkan tugasan tetapi dirinya tetap membahagikan masa dalam melakukan persediaan menghadapi peperiksaan akhir.


“Berbeza dengan pada tahun lepas pelajar UKM menghadapi peperiksaan sebelum perayaan aidilfitri tetapi pada kali ini perayaan akan disambut terlebih dahulu dan persediaan yang dilakukan dengan baik sekali tanpa sebarang masalah,” katanya.


Menurut pelajar lain lagi, Nurul Amira Wahab (Sarjana Muda Sains Pembangunan) berkata persediaan yang dilakukan agak sederhana kerana pada tahun ini fokus diberikan kepada persediaan bagi menghadapi peperiksaan akhir.


“Persediaan dilakukan secara sederhana kerana saya ingin memfokuskan kepada persediaan dalam menghadapi peperiksaan akhir pada tahun ini.


Jelasnya lagi, “persiapan hari raya aidilfitri pada tahun ini lebih sederhana dan secara ala kadar berbanding tahun lepas kerana peperiksaan berlangsung ketika di bulan puasa dan sebelum menjelangnya aidilfitri”.


Umat islam dijangka akan menyambut perayaan hari raya aidilfitri pada hari rabu bersamaan 1 syawal 1440 hijrah.

15 views0 comments

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page