top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Majlis Sambutan 20 Tahun Kecemerlangan FSSK Disambut Meriah

Penulis: Sharveshwaran Ramarau

Penyunting: Aliff Idzwan Abdullah

Sumber: Facebook


BANGI, 15 Nov – Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Majlis Sambutan 20 Tahun Kecemerlangan FSSK yang berkonsep “Malar Segar...Kebanggaan Sepanjang Zaman”.


Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk meraikan, mengiktiraf dan menghargai kecemerlangan warga fakulti dengan harapan dapat menyemarakkan semangat FSSK untuk mencontohi amalan terbaik dan terpuji dalam mengharumkan nama FSSK semenjak penubuhan FSSK daripada tahun 2001.


Menurut Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Dr. Hazita Bt. Azman, “ Saya berasa amat bertuah kerana sebagai dekan saya telah meraikan juga ulang tahun FSKK yang ke-10 pada tahun 2011 dan juga hari ini ulang tahun FSSK yang ke-20 sebagai dekan juga, Alhamdulillah, Syukur” dan “kita semua sedia maklum, penubuhan FSSK ini adalah hasil penggabungan daripada tiga fakulti di UKM iaitu Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan (FSKK) yang ditubuh sejak 1970 sebagai Fakulti Sastera dan juga Fakulti Sains Pembangunan yang berkembang daripada FSKK yang telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan telah berada di UKM kampus Sabah sebelum ini dan gabungan ini juga melibatkan Fakulti Pengajian Bahasa yang terjemah daripada Pusat Bahasa di bawah FSKK pada tahun 1996”.


Majlis ini mengetengahkan Anugerah Ikon 20 FSSK dan Anugerah Khas Personaliti Sains Sosial & Kemanusiaan.


Antara penerima Anugerah Ikon 20 FSSK ialah Pn Aznur Aisyah Abdullah (Ikon Inovasi dan Reka Cipta), Aisyah Hijanah Azhari (Ikon Keusahawanan), Dr. Hoo Chiew Ping (Ikon Keterampilan Media Massa), Kavena Sivapragasam (Ikon Kesukarelawan), En. Dahalan Judin (Ikon Staf Sokongan Menyerla), Fazlan Kamaruzaman (Ikon Kesenian & Kebudayaan), Prof. Madya Dr. Maawar Safei (Ikon Seni Kreatif), Pn.. Wan Nadiaton Radzuan (Ikon Sukan), En. Divagar Voothayakumar (Ikon Bakti Alumni), Dr. Arina Anis Azlan (Ikon Pensyarah Harapan), Prof. Madya Dr. Raihanah Mohd Mydin (Ikon Pengajaran), Prof. Dr. Mohd Fuad Mat Jali (Ikon Kepimpinan Penyelidikan), Prof. Datin Dr. Norizan Abd Razak (Ikon Keterlibatan Komuniti), Dr. Aizan Sofia Amin (Ikon Jaringan Kebangsaan), Prof. Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad (Ikon Jaringan Antarabangsa), Prof. Madya Dr. Rahim Kamaluddin (Ikon Kecemerlangan Penerbitan), Prof. Dr. Er Ah Choy (Ikon Kecemerlangan Penyelidikan), Prof. Dato’ Dr. Mohammad Agus Yusoff (Ikon Keterlibatan Industri), Dato’ Lee Mok Foong (Ikon Alumni Berjasa), Datuk Seri Wong Chun Wai (Ikon Alumni Berjasa) dan penerima Anugerah Khas Personaliti Sains Sosial dan Kemanusiaan ialah Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin.


Menurut Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Pengerusi Majlis Profesor Negara, “tanggungjawab saya yang besar dan berat adalah menjadi tali penghubung antara orang ramai dan ilmu sains sosial”.


Majlis ini dirasmi oleh Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.



3,191 views7 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page