top of page
  • Writer's pictureKuvineshwaren Nedunjelian

Malam Integrasi Bersama Alumni cungkil bakat pelajar baru UKM

Penulis : Kuvineshwaren Nedunjelian

Penyunting : Muhammad Akmal Arfan Roslan


Sumber Gambar: Instagram @skmiukmofficial


BANGI, 22 Nov - Sekretariat Kebudayaan Mahasiswa India (SKMI) kini kembali dengan sebuah program yang meriah iaitu Malam Integrasi Bersama Alumni atau lebih dikenali sebagai MIBA dengan bertemakan “anybody can dance” yang akan diadakan pada 26 November 2022 bertempat di Dewan Sutera, Kolej Ibu Zain.


Program MIBA ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan pelajar tahun satu yang baru menjejak kaki ke UKM.


Program ini juga tidak dapat dijalankan secara bersemuka selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.


Objektif program MIBA adalah untuk menghargai warga-warga UKM yang telah menyertai atau memenangi apa-apa jua pertandingan dan juga kepada pelajar yang mengharumkan nama universiti.


Pada kali ini, MIBA akan memberikan apresiasi kepada para Majlis Eksekutif Pelajar India setiap kolej buat kali pertama.


Perkara ini dapat menggalakkan pelajar baharu untuk melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk mencapai sesuatu dan juga memberi peluang kepada pelajar-pelajar tahun satu untuk menonjolkan bakat mereka yang terpendam.


Ketua Pengarah Projek, Gayathri Muthukumar, 20, berkata bahawa pelbagai inisiatif telah diambil bagi merealisasikan program ini, antaranya adalah menggalakkan ahli SKMI untuk menjadi ahli exco program ini.


Menurut Gayathri, beliau berasa bahawa kerjasama ahli SKMI untuk menjayakan program ini merupakan langkah pertama program MIBA.


“Kami mencari dana bagi menyempurnakan perbelanjaan untuk mengadakan program MIBA ini dan juga mencari bakat-bakat yang terpendam dalam pelajar baru supaya dapat dikenali oleh orang ramai,” katanya.


“Komitmen saya dalam program ini adalah untuk mengeratkan hubungan pelajar tahun satu dengan pelajar senior serta menjemput mahasiswa ke Universiti Watan Kita.”


“Selain itu, bakat-bakat pelajar baru harus ditonjolkan dan diberi apresiasi supaya mereka terus mempunyai minat dan berharap agar program MIBA membantu pelajar baru untuk mengenali senior dengan lebih baik dan terus menyertai program sebegini,” ujarnya lagi.


Kharesma Sathanandan, 21, Yang Di-Pertua kelab SKMI dan juga pemantau program MIBA sentiasa memantau segala gerak kerja ahli jawatankuasa agar perjalanan program berjalan dengan lancar.


Beliau juga berharap MIBA menjadi program yang berjaya dan disambut oleh semua mahasiswa india di UKM.


“MIBA merupakan program anjuran secara bersemuka yang pertama bagi sesi ini dan saya berharap program ini akan berjalan dengan lancar,” kata Kharesma.


Gayathri juga berasa sangat bersyukur kerana terpilih sebagai Ketua Pengarah Projek bagi program MIBA pada kali ini dan berasa bangga akan ahli-ahli exco kerana mereka bertungkus lumus menjalankan tugas mereka sebagai ahli jawatankuasa walaupun bulan November ini dipenuhi dengan pelbagai jenis program.


“Tanggungjawab sebagai ketua projek adalah amat berat dan saya telah mempelajari banyak perkara yang baru,” kata Gayathri.


Program MIBA pada kali ini akan dirasmikan oleh Penasihat Kelab SKMI, Prof. Madya Dr. Doris Padmini S. Selavartanam.


64 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page