top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Malaysia catat transaksi ke-6 sempena 11.11

Oleh : Liaw Jia Ying

Penyunting : Nur Sahira Omar



Sumber : forbes.com

BANGI, 23 Nov – Festival jualan tahunan 11.11 Alibaba mencecah RMB2684 bilion (RM1.59 trilion) dalam masa satu hari, sementara Malaysia menduduki tempat keenam antara 10 negara dan wilayah dalam penerimaan transaksi.


Festival jualan 11.11 atau Singles’ Day adalah diadakan setiap tahun pada tarikh 11 November sebagai meraikan kebanggaan mereka yang tidak mempunyai pasangan.

Sempena ini bukan sahaja diraikan oleh penduduk China, ia juga disambut mesra oleh penduduk negara lain pada hari ini termasuk Malaysia.


Hong Kong menduduki tempat pertama dalam senarai penerimaan transaksi. Kemudian, Amerika Syarikat dan Taiwan memperoleh tempat kedua dan ketiga, manakala tempat keempat dan kelima pula adalah negara Australia dan Jepun.


Dengan demikian, ia telah menjadi hari beli-belah atas talian dan luar talian terbesar di dunia.


Chun Sin Yee, 22 berkata “Saya telah berbelanja sebanyak RM400 untuk membeli barangan seperti baju dan produk kecantikan menerusi Alibaba.


“Walaupun saya sudah bersedia untuk mengambil masa tiga jam lebih awal, namun saya tidak mendapat kupon diskaun kerana bilangan kupon yang diberikan adalah terhad.

“Selain itu, mesej balasan perkhidmatan pelanggan lebih perlahan pada hari tersebut berbanding hari biasa,” katanya.


Wong Sze Wen, 22 pula berkata “Saya telah siap memilih barangan yang ingin dibeli dalam senarai sejak dua minggu yang lalu lagi.”


Dia juga mengatakan dia lebih suka membeli-belah menerusi Alibaba kerana pilihan barangan lebih banyak dan harganya lebih murah berbanding produk barangan di negara kita, serta ini bukan kali pertama dia membelikannya.


Selain itu, festival ini juga turut meriah diraikan mesra oleh golongan ibu bapa.

Kong Farn Hui, 40 berkata “Saya membeli barangan isi rumah dan baju kanak-kanak menerusi Alibaba sebelum Tahun Baru Cina apabila festival 11.11 diadakan pada setiap tahun.


“Dalam pengalaman saya, status dan kualiti barangan yang diterima adalah bagus dan lebih menyakinkan pada tahun kebelakangan ini kerana saya pernah mendapat barangan yang berkualiti rendah serta foto barang tidak bersempadan dengan barang sebenar pada masa dahulu,” katanya.


Terdapat juga aplikasi membeli belah atas talian yang lain juga turut mengadakan jualan pada hari tersebut mahupun atas talian atau luar talian seperti Hermo, Lazada, Shopee, Llao-llao, Tealive, McDonald’s dan lain-lain.

21 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page