top of page
  • Writer's pictureChai Matthew

Malaysia Sea Sar Handicraft Festival Kraf Tangan Tampil Kraf Tangan Ibu Tunggal Sempena Hari Lautan

Penulis: Chai Matthew Penyunting: Chin Ee May


PETALING JAYA, 11 Jun - Sebuah acara Malaysia Sea Sar Handicraft Festival yang bertemakan bahan kitar semula telah dianjurkan di Atria Shopping Gallery pada hujung minggu lepas.


Acara ini diadakan untuk mempromosikan kraf tangan ibu-ibu tunggal dan dihadiri oleh lebih 140 peniaga dari seluruh Malaysia. Acara ini dinamakan sempena Hari Lautan Sedunia yang bermula sejak 8 Jun.


Menurut Pengasas Malaysia Sea Star Handicraft Festival, Noelle Nah berkata, “Sebenarnya saya sudah banyak tahun pernah menganjurkan beberapa pameran yang dipanggil ‘Mermaid Market” untuk membantu ibu-ibu tunggal. Oleh kerana tahun-tahun kebelakangan ini, pameran yang diadakan adalah dalam bentuk bazaar, ruang yang ada agak kecil dan mereka sering ditolak. Saya pun berasa kecewa kerana ramai orang perlukan peluang-peluang seperti ini. Oleh itu, saya terfikir untuk mengadakan acara yang berskala besar.”


Peniaga-peniaga yang menyertai acara tersebut telah meluangkan antara dua hingga tiga bulan untuk membina kesepakatan. Pada masa yang sama, terdapat sekitar 20 peniaga yang menarik diri atas sebab konflik kepentingan dan keinginan untuk melakukan jualan semata-mata.


“Sekiranya anda sering melawat pameran kraf tangan di bazaar, anda mungkin perasan bahawa mereka hanya pergi ke sana untuk mempamerkan kraf tangan mereka dan kemudiannya balik setelah selesai. Bagi acara ini, kami membahagikan ruang pameran kepada zon-zon yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan yang berbeza.


Peniaga daripada aliran kraf tangan yang sama seperti subang, gelang tangan, dan rantai leher barang kemas – industri yang sama tetapi produk yang berlainan - telah digabungkan di dalam satu zon yang sama. Di luar sana, mereka merupakan pesaing sesama sendiri tetapi di sini, mereka berniaga secara berkumpulan. Jadi, anda boleh bayangkan betapa sukarnya untuk menjayakan acara ini.”


Pameran kraf tangan ‘Dorah’s Painted Pottery’


Sumber: Facebook


“Namun pada hari ini, anda boleh melihat hasil kerja mereka setelah bekerjasama selama lebih dua bulan. Mereka ada membuat pelbagai hiasan yang kreatif. Hal ini demikian kerana objektif kami adalah kolaborasi. Oleh kerana mereka bekerjasama, zon-zon mereka mempunyai keunikan yang tersendiri serta tema yang berbeza,” tambah beliau. “Contohnya, kumpulan zon kraf tangan barang kemas akan mengadakan pertunjukan fesyen pada jam 3 petang nanti.”


Noelle Nah turut merancang untuk mengadakan acara ini dua kali setahun. Malaysia Sea Sar Handicraft Festival yang seterusnya akan diadakan antara 9 hingga 12 Disember ini di GMBB, Kuala Lumpur.


Malaysia Sea Sar Handicraft Festival turut mendapat pengendorsan daripada Tourism Selangor serta sokongan dari MTPN (Majlis Tindakan Pengguna Negara) Selangor, CEA KL & Selangor, Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur, JCI Sunway Damansara, dan Karun Hijau.



23 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page