• Nadi Bangi

Malaysia - Singapura Membuka Sempadan

Oleh: Siti Nurhezzaty Hamdan

Penyunting: Ishaira Shuhada Isran


Sumber: Facebook Makmur Johor


JOHOR BAHRU, 29 JUN – Pembukaan semula sempadan Malaysia dan Singapura akan dimuktamadkan perbincangannya mengenai usaha dan kaedah dalam masa terdekat.


Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berbincang melalui panggilan telefon di pejabatnya hari ini bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong meminta agar mempertimbangkan kebenaran pekerja Malaysia di Singapura untuk pulang ke Malaysia berulang-alik setiap hari.


Muhyiddin ketika berbincang bersama Hsien Loong mengenai kepatuhan berkaitan prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang telah diperhalusi hasil perbincangan dari pakar kesihatan kedua buah negara ini di peringkat Menteri dan pegawai kanan kerajaan, dapat menyokong cadangan pembukaan semula sempadan Malaysia dan Singapura,


Selain itu, beliau turut bercadang akan keperluan melaksanakan ‘Reciprocal Green Lane’ dalam melancarkan pergerakan kedua-dua negara dan juga ‘Periodical Commuting Arrangement (PCA)’.


Kedua-dua pengaturan ini bagi menyatakan kesediaan bekerjasama dengan Singapura dan juga melibatkan penduduk dari dua buah negara boleh bekerja di negara lain bagi tempoh kurang tiga bulan dan dibenarkan pulang ke negara asal ketika cuti.


Katanya, “Keselarasan cadangan ini dilakukan demi prihatin nasib rakyat Malaysia yang tidak dapat pulang ke rumah dari awal Perintah Kawalan Pergerakan berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dari kedua-dua negara”.


Muhyiddin dan rakan sejawatannya juga bersepakat dalam menekankan mengenai aspek kesihatan dan lebih berhati-hati mengikuti garis panduan dalam pembukaan semula sempadan demi menjana semula sektor ekonomi dan pelancongan sekali gus menangani kebimbangan rakyat.

23 views0 comments

Related Posts

See All