top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Malia Tekad Boikot Produk Israel

Penulis: Nur Farzana Amira Mohd Zaki

Penyunting: Mohamad Noor Amirul Mokhtar


Sumber foto: Instagram @maliababy_



KUALA LUMPUR, 7 Nov: Gara-gara terkesan melihat keganasan dan kekejaman Israel ke atas penduduk Gaza, seorang pempengaruh terkenal tempatan tekad memboikot produk yang didakwa menyalurkan dana kepada rejim zionis.


Tengku Nur Kamalia atau Malia yang pernah membintangi drama ‘Nusyuz Berkiblat Cinta’ itu percaya bahawa usaha mengelak atau terus berhenti membeli barangan Israel di Malaysia mampu dilaksanakan dengan niat benar-benar membantu rakyat Palestin meskipun akui sukar untuk menentang nafsu.


“Di dunia ini bukan hanya ada produk Israel sahaja, jadi saya juga mula menggantikan barangan mekap saya yang dikatakan menyokong negara tersebut kepada jenama tempatan.


“Jika di media sosial, saya terus menerus bersuara serta berkongsi maklumat dan senarai produk-produk Israel yang tidak boleh dibeli dan ini menyebabkan saya rasa malu jika gagal untuk melawan nafsu membeli barangan yang berkaitan,” katanya kepada Nadi Bangi.


Mempunyai jumlah pengikut seramai lebih 100 ribu di Instagram, Malia percaya apabila setiap individu bersatu dalam menghentikan pembelian jenama yang menyokong Israel ini pastinya dapat membuahkan hasil seperti berjaya melumpuhkan ekonomi puak zionis tersebut.


“Sebenarnya kekejaman dan sifat keji orang-orang Israel ini memudahkan kita untuk memboikot sehingga menyebabkan saya tidak mahu menyumbang atau membeli walau hanya satu sen produk mereka.


“Bila kita tengok pasaran saham produk-produk tersebut jatuh, ia membuatkan semangat kita untuk terus memboikot mereka semakin berkobar-kobar,” katanya.


Malia yang turut dikenali sebagai maliababy di media sosial menegaskan bahawa kelantangan bersuara mengenai isu kesengsaraan rakyat Palestin ini tidak menjejaskan populariti sebagai seorang pempengaruh sebaliknya menjadi contoh buat orang ramai untuk terus bersolidariti.


“Di Malaysia, kebanyakkan dari kita menyokong Palestin. Jadi, the more you talk about Palestine, you will gain more followers jika kita benar-benar menggunakan platform ke arah kebaikan.


“Bukan sahaja di Malaysia, kita boleh lihat sokongan dari seluruh dunia yang sangat kuat dan ‘peperangan’ atas talian juga lebih memihak kepada masyarakat Palestin,” katanya.


Malia turut menyeru rakan-rakan pempengaruh dan pengguna media sosial yang lain untuk memanfaatkan platform yang ada dan tidak takut untuk bersuara serta percaya bahawa rezeki datang dari Allah SWT.


“Bayangkan jika negara kita yang dibom, dibunuh dan segala kemudahan disekat namun satu dunia hanya diam dan tidak membantu. Oleh itu, penting untuk kita terus berkongsi dan bersuara demi Palestin.


“Sangat penting untuk kita tunjuk kepada dunia betapa kejamnya Israel dan terus berdoa agar peperangan ini dihentikan memandangkan kita tidak mampu untuk turun padang membantu saudara kita di sana,” ujarnya.


Selain Malia, ramai pempengaruh media sosial lain seperti Sofea Shra, Sabrina Azhar dan Myra Zainal yang turut menunjukkan sokongan dan solidariti demi rakyat Palestin.


Sebulan selepas serangan balas tentera penceroboh Israel ke atas Gaza, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan angka kematian kini melebihi 10,000 orang dan lebih 25,000 yang lain cedera di wilayah tersebut.


123 views4 comments

4 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Nov 22, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

❤️

Like

Guest
Nov 10, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

queen!

Like

Guest
Nov 10, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

Palestine will be free 🇵🇸

Like

Guest
Nov 09, 2023

👍👍💜

Like
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page