top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Manfaat Kem Silang Budaya

Penulis : Ishaira Syuhada Isran

Penyunting : Siti Nurhezzaty


Sumber: Ishaira Syuhada Isran


BANGI, 9 Mac - Seramai 19 orang Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia telah menyertai kem silang budaya yang dijalankan pada 2 hingga 6 mac anjuran Merdeka Centeri telah mengeratkan perpaduan antara kaum Cina dan Melayu.


Aktiviti silang budaya yang dianjurkan oleh Merdeka Center bertujuan untuk mengeratkan perpaduan antara berlainan kaum iaitu Kaum Melayu dan Cina. Kem yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, YB Ng Suee Lim dijalankan selama 5 hari 4 malam ini telah memberi manfaat kepada mahasiswa dan komuniti.


ADUN Sekinchan, YB Ng Suee Lim berkata aktiviti ini adalah aktiviti yang terbaik dan bukan mudah untuk dijalankan. Peserta yang menyertai program ini adalah kalangan peserta yang berani dan hebat. Beliau berkata program ini juga dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap rakyat yang berbilang kaum.


“Kita semua sama, yang membezakan antara kita hanyalah agama dan budaya, oleh itu manfaatkanlah program ini dan cari pengetahuan dan pengalaman dari keluarga angkat supaya hubungan antara keluarga semakin erat,” katanya.


Program 5 hari 4 malam ini telah menambah pengetahuan mahasiswa mengenai perbezaan dan persamaan antara budaya Cina dan Melayu ketika bermalam di rumah keluarga angkat mereka. Aktiviti yang dijalankan dapat memberi keseronokan serta input yang baru kepada mereka.


Amiera Hanis,22 salah seorang peserta kem ini berkata “saya tidak menjangkakan program ini begitu seronok dan setelah 5 hari disini saya rasa begitu teruja dan ingin menyertai lagi kem seperti ini,” katanya.


“Saya rasa program sebegini perlu diteruskan agar dapat mengenali budaya dan agama yang berlainan supaya dapat pengetahuan yang baru dikalangan mahasiswa atau masyarakat,” Kata Masyitah Shabri, peserta kem silang budaya (Komunikasi media,2)

“Program ini dapat mengubah persepsi antara kaum lain dan tidak seperti isu perkauman yang ditularkan di media sosial. Program ini telah membuka mata untuk lebih menghormati kaum lain” Kata Sarah Marini (Komunikasi Media,2).


Program yang dirasmi oleh YB Ng Suee Lim ini telah disambut baik dan berjalan dengan lancar sepanjang program dijalankan.

238 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page