• Nadi Bangi

MANIFESTO DIKECAM TERUK?

Oleh: Wong Sze Wen

Penyunting: Ateefa Zulkifli & Fathur Rezky Zuliyus


Sumber: Facebook Wawasan Kebangsaan UKM

BANGI, 23 Nov - Manifesto Law Ming Fei, calon Pilihan Raya Kampus (PRK) parti Wawasan Kebangsaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk memberi petrol percuma setiap bulan dan memberi tiket bas percuma serta bantuan kewangan untuk tiket penerbangan pada musim perayaan dikecam oleh para warganet di Facebook.


Manifesto itu mula dibincang dengan hangat selepas tersebar dengan meluas di laman sosial semasa kempen pilihan raya yang telah diadakan sepanjang minggu yang lepas.


Antara komen-komen di media sosial, “Strong man ini. Tiada calon MPP di mana-mana universiti berani membuat manifesto bagi petrol percuma dan tiket bas percuma,” kata Teh Xian Zhi, pemilik akaun Facebook.


“Sila bagi penjelasan tentang mana cari duit untuk melaksanakan manifesto ini,” tambahnya lagi.


Bukan itu sahaja Ana Faiz, seorang pemilik akaun Facebook telah mengeluarkan kritikan terhadap manifesto tersebut dengan berkata, “Kau ni biar betul? Jenis anak orang kaya atau ada support belakang? PTPTN tak ambil kan?”


"Tak logik langsung manifesto dia. Anak jutawan kot," komen Jany Onong, seorang pemilik akaun Facebook.


Semasa dikritik dan dikecam warganet, Law telah mengeluarkan satu video untuk menjawab persoalan-persoalan yang dikeluarkan warganet.


Menurut Law Ming Fei, walaupun dikritik oleh ramai orang, tetapi dia menganggap hal ini sebagai satu cabaran kepadanya. “Semua ini tidak dapat menghalang saya untuk bergerak,” katanya.


Dalam video tersebut, Law juga memberitahu bahawa pernah melaksanakan sebuah program memberi petrol secara percuma kepada sebilangan pelajar dengan kuota petrol tertentu iaitu Petrol 4 Mahasiswa.


Law yakin manifestonya untuk mendapatkan tajaan bagi tiket bas percuma dan bantuan kewangan untuk tiket penerbangan kepada pelajar dapat direalisasikan dengan kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).


Menurutnya lagi, penglibatannya dalam PRK UKM kerana ingin menjadi medium antara pelajar dengan pentadbiran UKM.


Terdahulu, PRK UKM sesi 2019/2020 telah berlangsung dijalankan pada 14 November yang lepas di kolej kediaman masing-masing bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang.

55 views0 comments