top of page
  • Writer's pictureHana Norazmi

Mansuh PT3, PBS Bantu Pelajar

Penulis: Hana Norazmi

Penyunting: Aliff Fikri


Sumber :BERNAMA

Masalah pembelajaran yang dialami oleh pelajar pada masa kini banyak menimbul persoalan apabila pemansuhan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) diganti dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) namun bagaimanakah penambahbaikkan terhadap sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan membantu pelajar? Apakah alternatif bagi pelajar yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum?

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin menerusi sidang media khas, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang mempunyai tiga komponen iaitu Pentaksiran Psikometrik (PPsi), Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).


Penambahbaikkan dilakukan memantapkan lagi Ujian Akhir Sesi Akademik bagi 5 mata pelajaran terpilih di peringkat sekolah rendah dan ke semua mata pelajaran di peringkat sekolah menengah rendah serta untuk memperkasakan program latihan guru.


Selain itu, bagi membantu penguasaan pelajar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyediakan set soalan yang lebih fleksibel, antara set soalan yang akan disediakan untuk pelajar sekolah rendah tahun 4, 5 dan 6 adalah mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Sejarah.


Tujuan pemansuhan ini akan membina karakter dan kompetensi murid, selain memberi ruang untuk melaksana intervensi terhadap murid yang didapati ketinggalan serta tidak mendapat tahap penguasaan yang sepatutnya.


Penilaian tahap usaha pelajar dalam pembelajaran akan diulas oleh guru kelas dan guru mata pelajaran, tetapi bagi pelajar yang tidak mencapai tahap penguasaan minimum maka guru akan mencadangan intervensi yang boleh dilakukan bagi membantu penguasaan pelajar.


Bukan itu sahaja, menerusi pelaporan PBD selama dua tahun yang menyeluruh, deskriptor bagi tahap penguasaan (TP1 - TP 6) di Pertengahan Sesi Akademik dan Akhir Sesi Akademik adalah komprehensif dan jelas.


Dengan pemansuhan PT3 ia pasti akan melegakan pelajar tetapi tidak bermakna mereka tidak dinilai dari masa ke semasa, anak-anak perlu ada sasaran melangkah ke universiti dan alam kerjaya kelak.


Dengan pendekatan ini KPM yakin bahawa ia memberi ruang yang luas kepada pelajar untuk menumpukan kepada pembelajaran mereka dari struktur kreativiti, gaya pemikiran, jati diri serta pembentukan idealisme.


Penambahbaikkan kepada sistem pendidikan disebabkan guru-guru membuat aduan pelaporan PPD terlalu kompleks cabang prosesnya sehingga memberikan tekanan kepada guru. Oleh hal yang demikian, KPM telah mengambil inisentif bahawa selepas ini pelaporan akan melalui satu sistem sahaja.


Pelaporan Akhir Sesi Akademik akan menggunakan format baharu pada sesi akademik 2022/2023, manakala bagi Pelaporan Pertengahan Sesi Akademik tidak akan dilaksanakan pada tahun ini. Ia akan mula dilaksanakan pada 2023/2024.


Kesimpulannya, KPM yakin dengan konteks baru ini akan memberi gambaran kepada bahagian pendidikan kepada ibubapa dan pelajar. Kepentingan pelaporan ini adalah meninjau penguasaan pembelajaran pelajar dalam pentaksiran yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.


Menurut beliau juga pelaksanaan ini bukan lah menjadi pengganti kepada UPSR dan PT3 tetapi sebagai mengisi kekosongan melalui pandangan rakyat mengenai keadaan ketiadaan standard soalan untuk mereka memberikan kepercayaan yang kukuh kerana majoriti menganggap bahawa ada sesetengah soalan adalah terlalu ketara dan kompleks.


Ini juga akan membantu KPM mendapat maklumat yang lebih tepat dalam menganalisis pencapaian 5 juta pelajar di seluruh negara.


10 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page