top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Masih Ada Yang Kurang Cakna Terhadap Penyakit Diabetes

Updated: Nov 23, 2021

Penulis: Nur Syuhada Abdul Jalil

Penyunting: Natrah Laili Abdul Aziz

Sumber: Facebook


BANGI, 12 Nov - Hasil daripada tinjauan selama sebulan yang dijalankan oleh Astrazeneca dan Malaysian Endocrine and Metabolic Society (MEMS) hanya sebanyak 50 peratus sahaja daripada responden menyebut bahawa obesiti, kurang bersukan, diet kolesterol tinggi dan sejarah penyakit dalam keluarga merupakan faktor risiko diabetes.


Masyarakat tidak tahu bahawa pengambilan alkohol yang berlebihan serta merokok juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan penyakit kencing manis.


Beyond Sugar Campaign adalah kempen yang dijalankan oleh AstraZeneca dan Malaysian Endocrine and Metabolic Society dengan membuat tinjauan selama sebulan bermula April hingga Mei 2021 dengan melibatkan 2,539 responden untuk melihat pemahaman mereka terhadap penyakit diabetes.


Menurut Prof. Dr. Chan Siew Pheng yang merupakan Senior Consultant Endocrinologist dan President of Malaysian Endocrine and Metabolic Society telah menyatakan bahawa hasil daripada tinjauan The Malaysian Diabetes Index yang dijalankan selama sebulan dapat mengenal pasti masih ada jurang dalam pemahaman mengenai diabetes.


“Kami merasakan bahawa rakyat Malaysia tidak mengambil serius mengenai penyakit diabetes” katanya.


Beliau juga turut menyatakan, pakar yang terlibat dalam kajian tahu bahawa ramai rakyat Malaysia mempunyai risiko yang tinggi tentang penyakit diabetes tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan untuk memperbaiki diri.


“Ini adalah data yang agak menakutkan dan saya harap dengan tinjauan seperti ini kita dapat mengetahui apakah keperluan penduduk dan cuba menanganinya sekali lagi” katanya lagi.


Dalam perbincangan tersebut juga, Prof Dr. Chan Siew Pheng turut menyebut bahawa ramai yang tidak mengetahui konsep yang betul mengenai diabetes.


“Satu dalam tiga masyarakat mempunyai konsep yang salah bahawa mengurangkan pengambilan sugar sudah mencukupi dan boleh mengawal diabetes. Ia adalah salah. 51 peratus mengatakan bahawa penyakit diabetes senang untuk dikawal. Itu juga salah. Dan 52 peratus tidak tahu bahawa diabetes tidak boleh dirawat, semua ini adalah salah faham” ujarnya.


Menurut Dr. Rafidah Abdullah yang merupakan Consultant in Internal Medicine and Nephrology dan Vice President of MedTweetMy menyatakan bahawa di Malaysia, jika seseorang itu ada kencing manis, sebenarnya mereka sudah ada banyak komplikasi.


“Komplikasinya ada dua iaitu microvascular yang melibatkan salur darah yang kecil seperti buah pinggang, mata, saraf. Manakala macrovascular yang melibatkan salur darah yang besar seperti jantung, kegagalan hati dan sebagainya” katanya.


Beliau juga turut menyatakan bahawa data penyakit kronik buah pinggang telah naik sejak dari tahun 2011 iaitu sebanyak 9.1 peratus ada penyakit buah pinggang kronik danan dari statistik 2018, telah naik sebanyak 15.5 peratus.


“Maknanya dalam 100 orang, 15 orang ada penyakit kronik buah pinggang. Ini merupakan satu masalah yang serius dan besar. Dan ini kira-kira 2.6 juta orang di Malaysia ada masalah buah pinggang. Ini adalah statistik yang sangat-sangat teruk” tambahnya lagi.



137 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page