• Nadi Bangi

Masjid Semakin Meriah Pada Hari Jumaat

Penulis : Fitri Azman

Penyunting : Hasina Aziz



Sumber: Google


BANGI, 6 Jun – Kerajaan bersetuju secara dasar melonggarkan syarat untuk mendirikan solat berjemaah dan Jumaat berasaskan kepada keluasan masjid dan juga surau di seluruh Malaysia.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kebenaran itu diberikan jika mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutama penjarakan sosial.


Sebelum ini solat Jumaat dibernarkan dengan jumlah 30 orang dan kini telah dibenarkan ramai mengikut keluasan masjid di setiap tempat kerana bertujuan unutk menjaga perjarakan sosial dalam tempoh PKPP ini.


Menteri Hal Ehwal Agama (Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri) telah membentangkan dalam mesyuarat khas menteri bagi mencadangkan pembukaan masjid diberi kelonggaran.


Nadi Bangi sempat menemu bual Ismail bin Mat Ali yang merupakan pengerusi masjid Tebuk Jawa di Parit Buntar, “ Alhamdulillah syukur kerana kini solat jumaat dibenarkan lebih ramai mengikut kapasiti masjid. Saya berasa syukur dan bertanggungjawab dalam menjaga SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan agar kita dapat menghentikan penyebaran wabak Covid-19”.


“ Sudah sekian lama tidak solat Jumaat setelah beberapa bula kini dapat juga melaksanakannya dan ini merupakan ganjaran kepada kita rakyat Malaysia dalam mematuhi segala arahan daripada pihak kerajaan dan kita sebagai rakyat haruslah sentiasa menjaga dan mematuhi segala SOP yang baharu berikutan kelonggaran yang diberikan” kata Karim bin Yahya, 57.


Azmi bin Ismail, 29 pula berkata “ dalam kita diberikan kelonggaran oleh pihak kerajaan, kita seharusya perlu mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar keselamatan semua orang terjaga dan ini akan membolehkan kita untuk menghentikan penularan wabak Covid-19 di Malaysia”.


Kini orang ramai telah dibenarkan menunaikan solat berjemaah dan juga solat Jumaat di masjid dan surau di kawasan masing-masing, akan tetapi orang ramai perlu menjaga penjarakan sosial dan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan agar penularan Covid-19 ini akan terus dibendung daripada terus menular didalam negara.


Dengan penurunan jumlah kes setiap hari, ia dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai agar terus belerjasama dan bertanggungjawab demi kepentingan bersama.

15 views0 comments

Related Posts

See All