top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Masjid Tanah Menjadi Daerah Keempat Melaka

Oleh : Shafiq Haizad

Penyunting : Sharifah Sofeena


Sumber : Google Maps

MASJID TANAH, 4 Jan- Daerah Masjid Tanah telah dijadikan daerah sendiri pada hari ini dan merupakan daerah keempat diwujudkan kerajaan negeri selepas tiga daerah yang sedia ada iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.


Pemisahan Masjid Tanah daripada daerah Alor Gajah bertujuan membolehkan penyaluran peruntukan pembangunan infrastruktur, ekonomi dan sosial yang lebih tinggi berbanding peruntukan melalui daerah itu sebelum ini.


Nadi Bangi telah merujuk video Facebook, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kerajaan negeri berpendapat usaha mewujudkan daerah baharu itu penting berdasarkan keluasan Parlimen Masjid Tanah dan Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Dalam Parlimen Masjid Tanah ada lima DUN iaitu DUN Lendu yang saya sendiri wakili, Tanjung Bidara, Kuala Linggi, Ayer Limau dan Taboh Naning yang perlu dijadikan daerah baharu bagi meningkatkan pembangunannya.


"Apabila ia sudah dijadikan daerah sendiri, lebih banyak peruntukan mampu disalurkan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri dan ia mampu menjamin kelangsungan pembangunan", katanya selepas merasmikan program Sukan Rakyat di Kampung Solok Air Budi, Durian Daun, di sini, hari ini.


Bagaimanapun, beliau berkata, setakat ini Pejabat Daerah Masjid Tanah yang baru beroperasi di Bangunan Lembaga Tabung Haji di pekan Masjid Tanah masih dalam peringkat permulaan dengan hanya menempatkan beberapa pegawai dan kakitangan.


"Pegawai Daerah Alor Gajah, Rahizi Ranom masih berkuasa ke atas pentadbiran daerah Masjid Tanah sementara kita mengenal pasti pegawai daerah yang baharu," katanya.


Nadi Bangi telah menemu bual pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka, Dr Kumar berkata, apabila Masjid Tanah telah menjadi daerah, 12 institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang beroperasi di daerah ini telah menyediakan peluang untuk pelajar mengembangkan potensi bagi mencapai kejayaan dalam pengajian akademik dan kemahiran.


Menurut Haizad Bin Turi, 47, Penyelaras Masjid dan Madrasah Daerah Masjid Tanah menyatakan bahawa terdapat penambahan kekosongan dalam sektor pekerjaan di Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) apabila Masjid Tanah telah menjadi satu daerah. Lepasan universiti mahupun Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mengisi borang permohonan jawatan di MAIM bagi mengisi kekosongan pekerjaan tersebut. Ia juga dapat membantu masalah pengangguran dalam kalangan masyarakat khususnya anak Melaka.


Selain itu, temu bual bersama masyarakat di sekitar Masjid Tanah iaitu, Syazwan Bin Aznan 23, yang mengatakan bahawa memang wajar Masjid Tanah dijadikan satu daerah kerana mempunyai pelbagai keunikan seperti pantai peranginan di Pengkalan Balak yang dikunjungi orang ramai kerana terdapat banyak aktiviti yang disediakan dan beliau juga berharap keuntungan tersebut dapat disalurkan atau membantu masyarakat khususnya masyarakat di Masjid Tanah.


Nadi Bangi juga merujuk laman Twitter @ariffAriffin yang menyokong status Masjid Tanah sebagai daerah keempat, “Yes, Masjid Tanah patutnya dah lama jadi daerah, bangga saya.” katanya.


142 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page