top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Masya Masyitah Buka Tudung?

Wartawan: Aisyah Masri

Penyunting: Najwa Syuhadah

Sumber: GEMPAK

BANGI, 7 NOV - Penyanyi muda terkenal, Masya Masyitah atau nama sebenar beliau Siti Nur Masyitah telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pengguna media dan turut menerima kecaman netizen apabila baru-baru ini tular rakaman video dan foto yang menunjukkan imej terbaharunya.

Masya Masyitah yang merupakan bekas juara Ceria Pop Star 2014 terkenal dengan imej sopan dan manis bertudung pada awal kemunculannya. Menerusi video yang dimuat naik oleh Masya ke akaun Instagram miliknya memperlihatkan beliau sedang menari Tiktok bersama rakan-rakannya.

Rata-rata netizen keliru dengan imej yang Masya telah gayakan kerana penampilannya itu seperti memakai snowcap dan terlihat seolah rambut panjang yang dibiarkan lepas. Hal ini kerana, Masya sering kali mendapat pujian daripada peminatnya apabila beliau dikatakan pandai membawa diri dengan imej bertudung dalam dunia hiburan tetapi lain pula kali ini.

Masya yang pada awalnya mendiamkan diri daripada memberikan sebarang maklum balas, telah tampil memberi komen untuk menjelaskan spekulasi yang dilempar oleh netizen di akaun Instagram miliknya.

“Itu hanyalah dandanan yang diperbuat daripada kain yang kelihatan seolah-olah rambut” ujarnya.

Masya juga menambah bahawa orang seperti ini adalah mereka yang sangat negatif dan boleh membawa kemudaratan kepada orang lain.

“Jika kamu tidak ada apa-apa perkara baik yang perlu diperkatakan, lebih baik kamu diam sahaja daripada menjadi toksik kepada orang lain dan diri kamu sendiri,” ujarnya lagi.

Masya juga turut telah melakukan Live di Instagram miliknya mengatakan bahawa beliau sangat kecewa dengan sikap netizen yang cepat menghukum tanpa usul periksa. Tambah Masya lagi, beliau menasihatkan agar netizen tidak menjadikan platform media sebagai tempat untuk mencetuskan perbalahan dan menyebarkan fitnah yang hanya sekadar untuk memuaskan hati sendiri.

“Kenapa perlu fitnah dan menyebarkan perkara yang buruk serta turut menggunakan kata-kata kesat? Berbaloikah?

Saya masih tahu batas imej saya sebagai seorang wanita bertudung. Jika benar ingin menegur dan menasihati saya tidak perlu dengan memggunakan kata-kata sebegitu. Saya menerima teguran yang diberikan dengan hati terbuka tapi bukan dengan cara sebegini rupa”, ujarnya di akaun Instagram yang telah ditonton seramai hampir 3000 pengikutnya.

Dalam pada itu, Masya juga turut mengucapkan rasa syukur dan terharu kerana peminat-peminatnya tidak putus mendoakan dan sentiasa memberikan kata-kata semangat kepadanya untuk terus kuat menempuh dugaan sebagai anak seni.

“Walaupun dikecam oleh netizen, saya tetap bersyukur kerana terdapat juga peminat-peminat yang sentiasa mendoakan saya dan mengirim pesanan dengan kata-kata yang baik buat saya. Saya mendoakan semoga kata-kata dan doa yang baik daripada anda semua berbalik kepada anda juga”, ujar Masya.

Beberapa teguran diberikan kepada Masya oleh netizen demi kebaikannya. Antaranya, Nadi Bangi memetik komen berbentuk teguran oleh @bunda_amalfarhani yang menyatakan bahawa Masya ibarat memakai rambut palsu dan tidak boleh menurut hukum.

Nadi Bangi memetik komen oleh @zana_98 yang menyatakan bahawa dia merupakan peminat setia Masya dan menasihati artis kegemarannya itu untuk lebih berhati-hati selepas ini dalam pemilihan pakaian yang bersesuaian dengan dirinya.

“Saya akan sentiasa support kak Masya. Kak Masya kena kuat okay? Semoga selepas ini kak Masya akan lebih peka dalam menggayakan sesuatu outfit”, ujar @zana-98 yang dipetik oleh Nadi Bangi.

Nadi Bangi turut memetik komen daripada @farhan.aziz salah seorang peminat Masya yang menyuruh agar Masya tidak menghiraukan kata-kata netizen yang mengecam beliau.

“Masya jangan ambil kira dengan kata-kata netizen. Mulut netizen memang kita tak boleh tutup” tambahnya di ruangan komen Live Instagram Masya tersebut.

41 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page