top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Masyarakat Semakin Alpa?


Oleh : Marllisa Anttonysamy

Penyunting : Aqilah Azanil


Sumber : MSN.com


IPOH , 17 Nov – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih berkuatkuasa, rata-rata masyarakat masih memandang ringan risikonya. Semakin hari masyarakat semakin alpa dan tidak berasa takut untuk keluar ke tempat awam tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Tinjauan nadi bangi di pusat membeli-belah Aeon Station 18 Ipoh menunjukkan masih ramai masyarakat yang mengunjungi seperti biasa walaupun PKPB telah dikuatkuasakan di negeri Perak. Penjarakan sosial telah dipandang enteng oleh segelintir golongan masyarakat. Dapat dilihat masyarakat dengan tenang dan sambil lewa membeli-belah bersama keluarga atau rakan-rakan tanpa memikirkan risikonya. Masih terdapat juga masyarakat yang tidak memakai pelitup muka dengan betul ketika berada di tempat awam.

Masyarakat yang mengunjungi premis makanan terutamanya medan selera (food court) dan warung-warung kecil di tepi jalan turut tidak mengambil kisah tentang penjarakan satu meter semasa membeli makanan. Beberapa premis makanan juga tiada laluan keluar masuk yang ditetapkan. Ini menyebabkan masyarakat alpa untuk mengimbas kod aplikasi MySejahtera atau menulis nama dan tidak menyemak suhu badan.

Menurut Anttony, 55, pembeli di pusat membeli-belah Aeon Ipoh, mengatakan bahawa persekitaran Aeon sesak seperti dahulu sehingga tiada tempat untuk meletak kenderaan dan juga kaunter pembayaran turut dipenuhi oleh pengunjung. Golongan masyarakat tidak kira muda atau tua juga dilihat bebas melakukan aktiviti window shopping dan duduk berbual-bual kosong, katanya.

Menurut Selvi Selvaraj, 52, pembeli di pusat membeli-belah Aeon Ipoh, mengatakan dia terkejut apabila mengetahui pada hari tersebut telah disahkan bahawa terdapat beberapa pelanggan yang positif Covid-19 memasuki outlet Padini pada 30 Oktober dan 12 November yang lalu.

Menurut Joshua Jaykumar, 23, pembeli di medan selera dan gerai makanan, “Kebanyakan masyarakat kurang mengamalkan SOP yang ditetapkan terutamanya dari segi penjarakan sosial kerana terdapat lebih dari empat orang duduk di meja yang sama”. Dapat dilihat semakin hari masyarakat kurang mengambil kisah tentang risikonya dan sudah kembali normal kepada kehidupan sebelum ini, katanya.

Walaupun pihak kerajaan telah mengambil tindakan tegas dengan mengenakan kompaun RM1000 kepada masyarakat yang didapati tidak mematuhi SOP, namun masih ramai lagi yang tidak mengambil kisah. Masyarakat harus sedar bahawa kita belum lagi menang. Semua rakyat Malaysia harus bersatu padu dengan mematuhi SOP supaya angka kosong bagi rekod kes harian dapat dicapai semula.

Setakat ini terdapat 979 kes di negeri Perak dan hari ini Perak merekodkan 47 kes baharu. 24 kes di Ipoh, 20 kes di Changkat Jong, dua di Kota Lama Kiri dan satu di Kampung Buaia.



120 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page