top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Mayweather Akan Kembali Beraksi

Oleh : Muhammad Aiman Shaharudin

Penyunting : Nur Liana Afandi

Sumber: Harian Metro


TOKYO, 16 Nov. – Lagenda peninju terkenal, Floyd Mayweather akan kembali beraksi di gelanggang Tokyo pada Februari 2021.


Bekas juara dunia itu memberi bayangan mengenai pertarungan tersebut, apabila sebelum ini Mayweather pernah beraksi dalam saingan pertunjukan menentang atlet kickboxer Jepun, Tenshin Nasukawa pada tahun 2018. Namun, tiada sebarang maklumat sahih mengenai aksi akan datang daripada pihak penganjur. Dikhabarkan, ianya akan menjadi sebahagian acara terbesar, yang dikenali sebagai ‘Mega 2021’ di Tokyo Dome pada 28 Februari 2021 oleh jawatankuasa produksi.


Menurut Syafiq Baharudin, 23, salah seorang peminat tegar Floyd Mayweather berkata, “Saya berharap dapat menyaksikan perlawanan seorang lagenda yang pernah memegang rekod sebanyak 50 - 0 tanpa kalah.” Tambahnya lagi, “Saya amat yakin bahawa beliau akan menang kerana beliau merupakan seorang yang bermotivasi tinggi untuk memenangi sebuah perlawanan Tinju yang akan diadakan di Tokyo Dome pada tahun depan.”


Menurut Mizan Ramlee, 23, peminat Floyd Mayweather berkata, “Saya seakan tidak percaya bahawa beliau akan kembali beraksi. Jika Covid-19 ini berakhir, saya akan membeli tiket perlawanannya walaupun harganya mahal. Jika sebaliknya, maka saya akan menonton di rumah secara langsung sahaja bersama keluarga saya”.


Nadi Bangi meninjau laman Instagram bekas petinju berusia 43 tahun di mana beliau menyatakan bahawa beliau akan kembali bertarung. “Tokyo, Jepun, saya akan kembali pada 2021. Saya tahu Sukan Olimpik akan diadakan di Jepun pada 2021, tapi saya sendiri, Floyd Mayweather dan pasukan bakal melakukan sesuatu yang besar di Tokyo Dome, Jepun.”- Mayweather.


Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen yang positif terhadap video tersebut serta tidak sabar menunggu perlawanan yang dijangka bakal meraih perhatian banyak pihak terutamanya pihak media apabila dapat merakam detik-detik pesara lagenda tinju yang akan kembali beraksi.


Floyd Mayweather ingin membuktikan kepada peminat bahawa walaupun beliau sudah bersara. Namun, semangatnya tidak pernah luntur dan tetap ingin menyahut cabaran untuk bertanding di Tokyo dengan harapan ramai yang menyaksikan pertarungan sengit ini.


Mayweather bersara tiga tahun lalu, dan sudah membuat pengumuman kembali dari persaraan pada tahun ini namun masih belum kelihatan aksinya di gelanggang.


281 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page