top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

MB Johor ke-17 meriahkan Gerbang Idealis Mahasiswa (GIM)

Penulis: Siti Nurhezzaty Hamdan

Penyunting: Ishaira Syuhada Isran


Sumber: Facebook Seindah Memori PERMAJ


BANGI, 19 Feb - Program Gerbang Idealis Mahasiswa (GIM) dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Besar Johor yang ke-17 iaitu Datuk Dr. Sahruddin Bin Jamal yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.


PERMAJ merupakan sebuah persatuan anak jati johor dan program ini dilaksanakan bagi menghimpun dan mendedahkan hala tuju serta wawasan anak jati Johor dari seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.


“PERMAJ merupakan sebuah platform terbaik untuk membentuk sebuah mahasiswa yang kompeten kepada pembangunan mahasiswa Johor dalam menimba pengalaman dan pengetahuan baru” kata Menteri Besar Datuk Dr. Sahruddin.


Tambahnya lagi, “Sambutan yang sangat baik oleh para mahasiswa menjadikan mereka bertekad untuk terus memberi sokongan yang melibatkan kepimpinan dan mahasiswa Johor dengan menyediakan peruntukan khas berjumlah RM 500 ribu serta wang pengurusan di seluruh IPT sebanyak RM 2 ribu”.


“Walau bagaimanapun, setinggi mana ilmu kita belajar jangan lupa untuk menerapkan ilmu agama kerana kita negeri Johor bertuah merupakan satu-satunya negeri yang menerapkan sekolah agama dalam mengekalkan keseimbangan ilmu” ujarnya lagi.


Menteri Besar Johor itu juga berharap mahasiswa dapat belajar menimba ilmu dan pengalaman dan pulang ke Johor setelah tamat pengajian demi berkhidmat dan membangunkan negeri Johor.


Program yang dianjurkan oleh persatuan ini juga dilihat sebagai modus kepada kejayaan pembangunan dan kemajuan masa hadapan.

32 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page