top of page
  • Najwa Ismet Badjened

Melayu Nuckal, Kisah Sebenar Yang Dijadikan Pengajaran Buat Semua

Penulis: Najwa Badjened

Penyunting: Nabila Najwa


Sumber Foto: Google


BANGI , 12 DIS - “Melayu Nuckal adalah sebuah filem pendek yang diadaptasi berdasarkan isu semasa dan juga kisah benar yang terjadi kepada kawan saya, yang merupakan mangsa penyebaran video intim di aplikasi Telegram.” kata pengarah filem pendek ‘Melayu Nuckal”, Izaq Yuzaini. Melayu Nuckal diumumkan telah berjaya disenaraikan dalam kedudukan 10 teratas bagi pertandingan BMW Shorties 2022 yang bertemakan RE:IMAGINE di lokasi ruang acara REXKL, Kuala Lumpur pada 29 November 2022 lepas. Pengarah filem pendek ini yang juga merupakan alumni Akademi Seni Budaya dan Warisan


(ASWARA) mengatakan bahawa beliau mendapat inspirasi untuk membuat filem ini dari hasratnya untuk memperjuangkan martabat wanita-wanita di Malaysia yang menjadi mangsa penyebaran video intim di sosial media dan sekaligus, untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang isu tersebut. “Filem pendek ini mengisahkan tentang seorang wanita yang menghadapi depresi apabila bekas teman lelakinya telah menyebarkan video intimnya tanpa persetujua dan abang kepada mangsa yang ingin balas dendam demi maruah adiknya”, katanya lagi. Walaupun bajet yang diperuntukkan hanyalah sebanyak RM600 sahaja, filem ini berjaya dihasilkan dengan hasil bantuan kolektif daripada enam orang temannya dan juga ‘Farah’ (bukan nama sebenar) yang merupakan mangsa penyebaran video intim, untuk memberikan input tentang kejadian yang dtimpanya. Bagi pengetahuan umum, tidak semua unsur yang dimasukkan ke dalam filem ini diadaptasi secara bulat-bulat dari kisah ‘Farah’ bagi tujuan menghormati privasi beliau. Walaubagaimanapun, mesej penting yang ingin ditekankan kepada masyarakat dapat disampaikan dengan baik melalui unsur kreativiti pihak produksi. Pengarah tersebut berasa bahawa penyampaian mesej melalui filem pendek ini sangat penting untuk membuka mata masyarakat tentang isu sebegini dan beliau juga berharap bahawa dengan adanya filem ini, ia dapat menimbulkan kesedaran supaya masyarakat turut dapat membantu mangsa-mangsa yang senasib seperti Farah di luar sana.

14 views0 comments

Related Posts

See All
bottom of page