top of page
  • Writer's pictureYasmin Alyaa Fathinah

Mendalami Isu Perdagangan Hidupan Liar Haram

Penulis: Yasmin Alyaa Fathinah Jafpar

Penyunting: Zurain Syahira Jupri


Sumber: Internet


Percaya atau tidak, lebih kurang US$20 bilion terhasil setiap tahun hasil perdagangan hidupan liar di seluruh dunia. Menurut Our World Data, sebanyak 44.5 peratus spesies burung yang terlibat dalam pemerdagangan, diikuti dengan haiwan vertebrata sebanyak 24.1 peratus, haiwan spesies mamalia sebanyak 22.8 peratus, haiwan reptilia sebanyak 13.4 peratus dan haiwan amfibia sebanyak 8.4 peratus. Kesemua spesies haiwan ini didagangkan secara tempatan, kebangsaan atau antarabangsa sebagai haiwan peliharaan, atau untuk produk mereka seperti daging, ubat-ubatan, gading, atau bahagian badan yang lain.


Data ini jelas menunjukkan perdagangan adalah masalah serius. Jenayah ini dilakukan untuk keuntungan komersial, bermakna haiwan yang diimport daripada luar negara tanpa menggunakan sebarang lesen atau permit dan tidak berdaftar melalui jabatan tertentu. Perdagangan haram ini telah menyebabkan populasi banyak spesies berkurangan. Banyak negara telah mengharamkan perdagangan haram, tetapi penguatkuasaan adalah sukar. Sebilangan kecil pegawai polis yang dilatih untuk menangani ini menimbulkan kelebihan yang tidak adil untuk pedagang haiwan secara haram.

Perdagangan haiwan ini sering dilakukan melalui kapal, van atau apa-apa perkara yang berisiko untuk menyembunyikan haiwan tersebut dibawa masuk ke sesebuah negara. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pemerdagangan haiwan sering terjadi. Antaranya adalah permintaan pasaran dimana mereka yang suka mengumpul haiwan secara haram ini akan menjual melalui media sosial terutamanya Facebook dan Instagram. Apabila pembeli mulai bosan, mereka boleh buang haiwan tersebut dan membeli haiwan lain. Selain itu, perdagangan haiwan juga berlaku kerana tahap kesedaran yang rendah. Masyarakat tidak memahami mengenai perdagangan haram dan tidak mengetahui kisah disebalik bagaimana haiwan tersebut ditangkap, dijual dan bagaimana ia dibawa masuk ke dalam negara. Apa yang masyarakat mahu adalah mendapat haiwan yang diingini pada harga yang berbaloi.

Kriteria mangsa perdagangan hidupan liar


Menurut penternak dan penjaga haiwan, Jack Tan dari kebun haiwan Farm In The City, haiwan yang menjadi mangsa perdagangan ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Antara kriteria yang dimahukan adalah nilai. Nilai disini sering dikaitkan dengan nilai perubatan, kewujudan suatu spesies yang sangat jarang di sebuah negara dan nilai estetik. Selain itu, haiwan yang mempunyai pemintaan di pasaran juga adalah salah satu kriteria yang di cari. Nilai perubatan akan mempengaruhi permintaan suatu spesies haiwan itu. Sebagai contoh, setengah masyarakat mempercayai bahawa jika mereka memasak haiwan tersebut dengan cara yang tertentu, haiwan ini dapat memberikan kesan perubatan seperti menjadi lebih sihat.

Kriteria ketiga adalah mengikut trend semasa. Jika seseorang membela haiwan lalu kongsikan di laman media sosial, orang ramai akan turut berminat untuk membeli haiwan tersebut. Disinilah penjual haiwan secara haram akan mengambil kesempatan dengan menganggap ia sebagai peluang untuk menjual haiwan ini. Jika ingin disenaraikan, terlalu banyak haiwan yang terlibat dalam perdagangan haram ini.

Slow Loris atau Kongkang adalah antara haiwan yang sering menjadi hamba kepada perdagangan haram menurut Jack. Haiwan ini adalah sejenis haiwan nokturnal. Dalam setahun, Slow Loris akan melahirkan bayi sebanyak satu atau dua. Slow Loris mempunyai nilai yang tinggi bagi haiwan tempatan. Pergerakan yang perlahan menyebabkan haiwan ini mudah untuk ditangkap selain daripada rupanya yang comel.


Bahagian badan pada haiwan tidak lari daripada menjadi sebahagian daripada perdagangan haiwan. Slow Loris mempunyai permintaan pasaran yang tinggi terutama giginya. Gigi Slow Loris kerap digunakan bagi nilai perubatan seperti dapat menyembuhkan barah. Daging Slow Loris juga merupakan bahagian badan yang sering dikaitkan dengan perdagangan haiwan. Daging ini mempunyai permintaan pasaran yang tinggi. Negara yang gemar terhadap daging haiwan ini adalah negara China. Harga bagi Slow Loris mampu mencecah dari beberapa ribu hingga ratus ribu ringgit namun ia bergantung kepada keadaan haiwan itu ketika ditangkap. Sekiranya haiwan ini ditangkap bersama keluarganya, ia akan mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding seekor sahaja.


Haiwan seterusnya iaitu Hornbill atau Burung Enggang adalah haiwan simbolik bagi negeri Sarawak. Haiwan ini mempunyai dua belas jenis spesies yang berbeza namun hanya satu spesies sahaja yang terdapat di Malaysia. Haiwan ini menjadi mangsa perdagangan haram kerana bahagian badan yang unik seperti tanduknya. Tanduk Burung Enggang mempunyai nilai estetik yang tinggi. Oleh itu, burung ini sering diburu dan dijadikan sebagai perhiasan dirumah. Selain daripada tanduk, bulu Burung Enggang juga menjadi perdagangan haram. Setengah individu gemar mengumpul bulu burung ini. Seperti kaum Iban, ia adalah kebiasaan bagi mereka untuk mengumpul bulu Burung Enggang dengan tujuan perhiasan. Bagi harga pula, Burung Enggang yang dijual bersama pasangan adalah lebih mahal berbanding seekor sahaja. Seekor Burung Enggang bernilai RM5000 hingga RM6000 manakala bagi berpasangan pula adalah RM10,000. Bahagian badan seperti tanduk Burung Enggang mencecah beberapa ribu ringgit namun bergantung kepada saiz dan warna-warninya ia. Ini kerana Burung Enggang mempunyai pelbagai spesies dan jenis tanduk yang berbeza.


Undang-undang yang "melindungi" haiwan ini tidak lebih daripada kepingan kertas. Jadi bagaimana kita sebagai rakyat dapat mengurangkan kadar perdagangan haiwan daripada berlaku? Apakah cara kehidupan yang dapat mengurangkan sumbangan terhadap isu perdagangan ini? Berikut adalah beberapa langkah yang anda perlu tahu untuk memainkan peranan anda dalam menghentikan perdagangan hidupan liar.



Membeli produk daripada sumber yang lestari.


Sebagai pengguna yang bertanggungjawab, pilih produk yang mempunyai rantaian bekalan yang telus dan beretika. Apabila membeli produk berasaskan kayu, pastikan kayu itu dikumpul secara beretika dan bertanggungjawab. Perdagangan kayu haram dianggarkan bernilai berbilion paun setahun. Penebangan hutan secara haram dan sangat merosakkan menyebabkan kehilangan biodiversiti dan memudahkan eksploitasi dan perdagangan hidupan liar. Pastikan ia datang daripada sumber lestari yang diperakui dan mengetahui asal tempat jualannya.



Melakukan pendidikan secara publik kepada masyarakat


Pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang sebahagian besarnya bertanggungjawab untuk menghentikan atau memerangi pemburuan haram. Bagaimanapun, rakyat perlu dididik tentang nilai haiwan liar mereka dan mengapa pemburuan haram memudaratkan ekonomi mereka. Akibatnya, mereka akan mengambil tindakan terhadap pemburuan haram dan melaporkan sebarang kejadian pemburuan haram; mereka juga akan mengelakkan tanah haiwan liar. Tambahan pula, mitos tentang faedah perubatan, afrodisiak dan keagamaan bahagian haiwan akan disangkal melalui pendidikan awam.

129 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page