Nadi Bangi
MENTION Lakar Sejarah Layak Ke Separuh Akhir Bola Sepak Piala Dekan
Penulis: Syed Izzul Adib Syed Tajul Ariffin
Penyunting: Muhammad Aziq Hamizan Azirin Azali

Sumber foto : Kelab Bola Sepak MENTION
BANGI, 7 Mei – Memperoleh satu kemenangan dan satu kekalahan, MENTION lakar sejarah baharu dalam perlawanan bola sepak Piala Dekan yang berlangsung di Padang D, UKM tempoh hari selepas berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Mereka turun sebagai ‘underdog’, berbanding pasukan lain yang mempunyai ramai pemain ‘import’ dan pemain simpanan. Menang menentang PSYCLUB dan kalah bertemu PESEPSI, pasukan bola sepak Mention Glory ataupun lebih dikenali sebagai MENTION layak ke peringkat seterusnya menerusi kelebihan jaringan.
Bakal menentang juara kumpulan A, iaitu KPM. Ketua pasukan MENTION, Izzul Othman, 22 memaklumkan bahawa “Kami telah meneliti corak permainan KPM tempoh hari, kami dapat mengesan kelebihan mereka dari segi taktikal, corak permainan dan strategi”.
“Berdasarkan pemerhatian, kami dapat mengolah strategi baru supaya lebih bersedia untuk menentang mereka di separuh akhir nanti. Kami mengharapkan ‘midfield’ pasukan mempunyai ketenangan untuk menghantar bola dan menghubungkan bola daripada barisan pertahanan dan barisan penyerang”. Ujarnya ringkas.
Menurut Izzul, beliau akan mempertaruhkan Asyraf dan Ananta sebagai ayam tambatan yang bakal mengucar-ngacirkan barisan pertahanan pihak lawan. Berbekalkan hantaran tepat Asyraf dan kemahiran menggelecek Ananta, ianya sedikit sebanyak dapat membuahkan hasil buat MENTION.
Beliau berharap bahawa seluruh pasukan dapat memberikan 100% dalam perlawanan yang akan datang nanti, sekaligus bakal mencipta sejarah sekali lagi dengan berjaya layak ke perlawanan akhir.
Pusingan separuh akhir bakal berlangsung pada 27 Mei, 8 pagi, bertempat di Padang D, UKM.