top of page
  • Writer's pictureAhmad Fayyadh

MENTION UKM Kekal Top 200 dalam QS World University Rankings 2022

Penulis: Ahmad Fayyadh Bin Muhamad

Penyunting: Aina Umairah Binti Muhammad Dhalan

Sumber: Facebook FSSK


BANGI, 18 April - Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tetap mengekalkan tempat Top 200 dalam Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2022 yang diumumkan baru-baru ini.


QS World University Rankings merupakan pemberian penarafan kepada 800 institusi di seluruh dunia dan UKM menduduki tangga ke-144 dalam QS World University Rankings pada tahun 2022.


Pengerusi Pusat Kajian Media dan Komunikasi UKM, Prof. Madya Dr. Emma Mirza Wati Mohamad berkata, pencapaian ini merupakan satu penanda untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa akan datang.


“Faktor yang memberi impak besar kepada MENTION termasuklah hasil kerja kakitangan MENTION dan juga barisan pensyarah yang sangat komited untuk mengekalkan tempat di QS World University Rankings,


“Pemerkasaan mahasiswa adalah antara usaha yang ditekankan bagi membangunkan nilai pasaran mahasiswa dalam industri pekerjaan”, katanya.


Selain itu katanya, pelbagai cabaran diberikan kepada pelajar supaya mereka lebih peka dan bersedia untuk menghadapi situasi yang lebih mencabar di luar sana.


“Kami memberi cabaran dan menukar cara pembelajaran serta subjek terhadap pelajar untuk tidak berada dalam zon selesa supaya pelajar lebih peka dan bersedia untuk menghadapi situasi di luar sana,


“Kemahiran menyelesaikan masalah, adaptasi terhadap budaya kerja dan melatih mentaliti merupakan perkara yang perlu ada dalam diri pelajar supaya dapat mengawal tekanan dan mampu untuk bersaing”, katanya.


Emma berkata pusat kajian dan barisan pensyarah perlu melakukan penambahbaikan melalui pembaharuan kokurikulum pelajar supaya selari dengan peredaran zaman dan dapat terus mengekalkan kedudukan dalam QS World University Rankings.


Tambahan, bukan sahaja subjek Komunikasi Media mendapat Top 200, malah subjek Geografi dan Bahasa Moden dibawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan juga setanding menduduki tempat Top 200 dalam QS World University Rankings.

45 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page