Nadi Bangi
Merungkai Fitrah Si Pelaku Seks Luar Tabii
Oleh: Rafaeil Bahri
Penyunting: Harith Ashyraf

Masyarakat Malaysia hari ini cukup terganggu secara fizikal, mental, emosi dan spiritual dengan pelbagai kegiatan jenayah yang berlaku. Hampir setiap hari kita dapat melihat dan mendengar berita yang dikeluarkan di segenap medium komunikasi. Kebanyakan rakyat Malaysia pastinya sudah tahu akan kes-kes skandal terbesar yang pernah berlaku dan melibatkan beberapa individu penting politik negara kita.
Akan tetapi, jenayah yang bakal dikupas ini amatlah berlainan daripada yang biasa kerana ia melibatkan fitrah dan naluri seseorang individu iaitu liwat. Negara kita juga pernah digemparkan dengan kes tuduhan liwat yang dilakukan oleh seorang pemimpin pembangkang pada waktu itu kepada pembantu peribadinya pada tahun 2008. Saban hari, semakin banyak berita liwat yang dikeluarkan terutamanya yang sering berlaku di penempatan sekolah agama. Individu yang melalukan perkara yang tidak bermoral ini terdiri daripada golongan yang berusia seperti kakitangan sekolah, pendidik dan pengetua sekolah itu sendiri.
Mengapakah masyarakat dewasa kini yang terdiri daripada semua lapisan umur tanpa mengira bangsa dan agama semakin runtuh akhlaknya dan hilang sikap malu dan adab sopan sebagai manusia? Apakah kemahuan dan masalah yang dihadapi oleh si pelaku itu dari sudut logiknya? Apabila kita renung kembali dengan ikhlas sebagai ahli masyarakat, ibu bapa dan juga pemimpin, mengapa wujudnya masalah ini? Ini kerana kita terlupa atau buat-buat lupa tentang punca akar umbi masalah sosial tersebut.
Berikut merupakan kupasan bersama Dr. Abdul Rahman Bin Ahmad Badayai iaitu Timbalan Pengarah bagi Pusat Kesejahteraan Psikologi dan Kaunseling (PKPK), dan juga merupakan pensyarah pakar psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
“Tertarik dengan jantina yang berlainan merupakan satu kebiasaan fitrah manusia dan dianggap tingkah laku yang normal, tetapi untuk sesetengah individu, ada juga yang tertarik dengan sesama jantina.” katanya bila ditanya akan istilah fitrah manusia daripada sudut psikologinya. Dia juga berkata bahawa masalah sosial dan ketidakstabilan dalam sistem ekologi manusia tercetus disebabkan aktiviti yang tidak bermoral oleh sesetengah individu yang lain fitrahnya ini. Apabila ditanya adakah ia normal atau pelaku mempunyai masalah daripada sudut psikologinya dia menjawab bahawa ia dianggap sebagai pelakuan yang tidak normal dan melawan mana-mana norma masyarakat yang bertamadun.
Beberapa rujukan telah dilakukan untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan oleh individu peliwat itu sendiri dan juga masyarakat sekeliling. Antaranya ialah, sokongan moral amat diperlukan oleh individu ini kerana mereka sebenarnya kurang kasih sayang. Seorang pesalah liwat yang tidak ingin dikenali namanya berkata, “Saya sering dipukul oleh ayah saya pada zaman kanak-kanak. Saya juga sering diejek oleh kawan-kawan saya ‘pondan’ kerana memiliki karakter yang lemah lembut berbanding dengan kawan lelaki yang lain” bila ditanya akan pengalaman pahit dan masa sukar yang dihadapinya. Oleh yang demikian, masyarakat sekeliling memainkan peranan yang amat penting dalam memberi sokongan moral kepada individu yang berbeza fitrahnya zahir dan batin. kerana ia akan memparahkan masa depan mereka ini. Tambahan lain, bagi individu peliwat itu sendiri hendaklah sentiasa mempunyai mindset untuk menuju ke jalan yang benar dan memikirkan kesan yang akan datang. Belajar untuk menahan diri daripada nafsu songsang merupakan satu benda yang amat sukar bagi mereka ini. Oleh itu, ajaran agama seperti menunaikan solat dan berdoa hendaklah dipraktikkan agar terhindar daripada terpesong ke jalan yang salah.
Menurutnya lagi, merujuk kepada rujukan kes 2 kanak-kanak yang diliwat oleh pengetua sekolah ini, kes ini disifatkan juga sebagai jenayah pedofilia kerana melibatkan kanak-kanak. Menurut DSM-5 ia adalah gangguan psikiatri yang pelaku mesti memenuhi beberapa kriteria untuk didiagnosis sebagai pedofilia. Secara psikologi, penyelidik melaporkan pesalah seks kanak-kanak yang memenuhi kriteria diagnostik untuk pedofilia mungkin mengalami harga diri yang rendah, merosakkan konsep diri dan fungsi interpersonal yang dapat menyumbang kepada motivasi untuk tindakan pedofilia.
Beberapa rujukan telah dilakukan untuk mengetahui apa yang boleh dilakukan oleh individu peliwat dan juga masyarakat sekeliling. Antaranya ialah, sokongan moral amat diperlukan oleh individu ini kerana mereka sebenarnya kurang kasih sayang. Seorang pesalah liwat yang tidak ingin dikenali namanya berkata, “Saya sering dipukul oleh ayah saya pada zaman kanak-kanak. Saya juga sering diejek oleh kawan-kawan saya ‘pondan’ kerana memiliki karakter yang lemah lembut berbanding dengan kawan lelaki yang lain” bila ditanya akan pengalaman pahit dan masa sukar yang dihadapinya. Oleh yang demikian, masyarakat sekeliling memainkan peranan yang penting dalam memberi sokongan moral kepada individu yang berbeza fitrahnya zahir dan batin kerana ia akan memburukkan masa depan mereka ini.
Tambahan lain, bagi individu peliwat itu sendiri hendaklah sentiasa mempunyai mindset yang betul untuk menuju ke jalan yang benar dan memikirkan kesan yang akan datang. Belajar untuk menahan diri daripada nafsu songsang merupakan satu benda yang amat sukar bagi mereka ini. Oleh itu, ajaran agama seperti menunaikan solat dan berdoa hendaklah dipraktikkan agar terhindar daripada terpesong ke jalan yang salah.
Berdasarkan berita yang dikeluarkan, pengetua sekolah tersebut telah berkahwin dan mempunyai isteri. Bagaimanakah boleh timbulnnya perasaan si pelaku untuk melakukannya? Adakah hal ini boleh dikaitkan dengan pengalaman silam atau peribadi si pelaku? Dia menjawab bahawa ianya agak sukar untuk ditentukan. Tidak semua pelaku mempunyai pengalaman yang sama. Walaubagaimanapun, faktor kumulatif seperti pengalaman awal menjadi mangsa, keibubapaan buruk, dan harga diri psikologi rendah, pendedahan terhadap pornografi kanak-kanak, masalah neurologi, dan defisit kognitif mungkin berguna untuk menjelaskan timbulnya perasaan ini.
Secara psikologinya, kes ini boleh disifatkan sebagai kelakuan yang tidak norma dan melawan konsep tamadun manusia. Setiap individu mempunyai fitrah dan naluri yang berbeza. Psikologi menyifatkan ianya sebagai satu perilaku yang tidak normal tetapi boleh dikawal oleh setiap individu. Selain itu, daripada segi hukuman secara peribadi Dr. Abdul Rahman berkata bahawa hukuman yang berat dan setimpal harus dilaksanakan. Tetapi, kita perlu mendidik terlebih dahulu sebelum tindakan undang-undang harus diambil ke arah pelaku.