top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Mesyuarat Cawangan PPI UKM Yang ke-36 Dijalankan Secara Atas Talian

Updated: Nov 8, 2021

Penulis: Shafa Alvia Rizka

Penyunting: Elida Najwa Mohd Subri


JAKARTA, 31 Oktober - Mesyuarat Persatuan Pelajar Indonesia (PPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kali ke - 36 telah berlangsung pada 30 Oktober 2021 melalui aplikasi ZOOM bagi penggantian jawatankuasa baharu persatuan.


Dua calon baharu PPI UKM telah di senarai pendekkan bagi menggantikan bekas pengerusi persatuan, Teuku Ubaidillah Ahmad. Calon tersebut adalah Faiq Anargya Sarsito dan Rigozlov Eliezer yang juga merupakan pelajar UKM.


“Bagi pendapat saya, kedua – dua calon memiliki visi dan misi yang sangat bagus untuk keberlangsungan PPI UKM pada tempoh selanjutnya. Walaupun mereka memiliki cara pemikiran yang berbeza terhadap perancangan untuk PPI UKM, tapi mereka memilki satu matlamat yang sama iaitu untuk memajukan PPI UKM dengan lebih baik” Kata Fatimatuzzahra Nur Zaahirah yang juga merupakan ahli PPI UKM.


Beliau juga menambah bahawa beliau berpendapat kedua-dua calon mempunyai potensi yang baik untuk memimpin PPI UKM kerana kegigihan dan sikap rajin mereka dalam merancang program kerja yang baik dan unggul serta visi misi yang dirasakan jelas dengan persiapan mereka agak baik semasa berkempen.


Mesyuarat persatuan berlangsung selama lebih kurang 6 jam dan dihadiri oleh kira-kira 70 individu lain yang turut menyaksikan dan mengambil bahagian dalam acara pengundian. Acara terbabit dijalankan secara dalam talian di platform Strawpoll. Rigozlov Eliezer diumumkan sebagai pengerusi baharu PPI UKM sesi 2021/2022 dengan 44 undian berulang dibuat dengan teliti.


“Saya bahagia kerana kerja keras saya dan team saya dalam berkempen telah terbayarkan dan harapan saya untuk PPI UKM agar semakin bersatu diantara para ahli PPI UKM dan jawatankuasa tertinggi persatuan. Saya juga berharap program kerja nya dengan semuanya berjalan sejalan dengan visi dan misi” Kata Rigozlov Eliezer.


Menurut Faiq Anargya Sarsito yang juga merupakan calon pengerusi PPI UKM, beliau berharap pengerusi persatuan yang baharu dapat menjalankan tugas dengan amanah seperti apa yang telah dilontarkan di dalam manifesto beliau semasa hari perdebatan.


“Saya juga berharap agar pengerusi baharu dapat menjalinkan kerjasama yang lebih baik dengan PPI cawangan lain.” katanya lagi.


Sesi debat secara tidak formal juga telah berlangsung dua hari sebelum hari pelantikan dan diadakan bagi kedua-dua calon pengerusi untuk persediaan menjelang hari mesyuarat pelantikan. Debat tersebut turut dihadiri oleh mantan ahli jawatankuasa PPI UKM sesi lepas.



69 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page