• Nadi Bangi

Misi Kemanusiaan MVM

Oleh: Siti Norasikin Ariffin

Penyunting: Haziq Fiqri


Sumber: Zulieda Azni

BANGI, 25 Okt - Muslim Volunteer Malaysia (MVM) ialah sebuah badan bukan kerajaan yang mengfokuskan misi kemanusian sama ada di dalam negara dan luar negara.

Selama 10 bulan, MVM melancarkan program Pure Heart bertempat di sekolah SK Puchong Indah.


Sabtu lalu, Pure Heart 4.9 bertemakan ‘Sayangi SKPI’ dimana semua sukarelawan MVM, sukarelawan luar, ibu bapa dan murid murid SK Puchong Indah bergotong royong menceriakan kawasan sekolah.


“Program seperti ini sangat membantu kami yang asnaf ni. Dapatlah kami sekeluarga berjimat cermat selama 10 bulan ini,” kata Rosnahwati Abdullah, 44.


Selain itu, Suzana Kamarudin, 34, berkata “program-program macam ini lah kami nantikan. Saya merupakan seorang suri rumah yang terpaksa berhenti kerja disebabkan suami saya sakit. Jadi, saya lah yang kena memikirkan makanan kami satu keluarga. Sumbangan ini amat bernilai bagi saya”.


Imran Abd Moin, 25 merupakan ketua projek Pure Heart berkata MVM memberi penekanan kepada pembangunan ekonomi asnaf. Mereka yang layak terdiri daripada keluarga murid - murid sekolah ini yang telah disenarai pendek oleh GPK HEM sekolah ini.


Menurut beliau lagi, perancangan terdekat MVM adalah pada hujung tahun ini mereka akan ke Lubnan untuk membantu pelarian Palestin dan Syria yang pada ketika itu dijangka musim sejuk melanda.


MVM turut membuka peluang kepada para sukarelawan di luar sana menyertai misi kemanusiaan yang mereka anjurkan. Mereka juga memberi pendedahan kepada mereka yang mempunyai jiwa kesukarelawanan untuk turut serta.


Sebarang pertanyaan lanjut, layari laman sosial Instagram muslimvolunteermalaysia.

19 views0 comments