• Nadi Bangi

Misteri Ketuk Pintu Kini Di Melaka?

Oleh: Amiera Hanis Hussin

Penyunting: Siti Masyitah Shabri

Sumber : Harian Metro

BANGI, 9 Dis – Misteri gangguan ketukan pintu di tengah malam yang pada mulanya berlaku di beberapa buah kampung di Sabak Bernam, Selangor, kini didakwa telah merebak ke Alor Gajah, Melaka sejak minggu lalu.


Gangguan ketukan pintu yang seolah-olah diketuk dengan kuat oleh seorang individu sering berlaku sekitar jam 1 pagi dan ke atas ini telah mengganggu serta menimbulkan rasa takut kepada mangsa dan sesetengah penduduk di kawasan berkenaan.


Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah apabila tiada sebarang kelibat atau orang yang dilihat sejurus pintu dibuka. Kejadian pelik yang berlaku ini benar-benar menimbulkan tanda tanya ramai orang.


Menerusi tinjauan yang dibuat oleh wartawan Nadi Bangi di laman Twitter, pelbagai spekulasi yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna Twitter. Ada di antara mereka yang menyatakan bahawa kes yang berlaku ini adalah berkaitan ilmu hitam yang diamalkan oleh seseorang untuk tujuan memukau.


“Peliklah misteri ketuk pintu ni. Boleh pulak eh hantu tu nak berpindah dari Selangor ke Melaka and ke Johor semata mata nak kacau. Aku rasa ni mesti kes nak pukau orang atau something like that.. beware ye guys,” @emieraiman.


Menurut salah seorang lagi pengguna Twitter iaitu @ijwaa, ibu beliau menyatakan bahawa misteri ketukan pintu ini sebenarnya merupakan belaan yang ditinggalkan oleh tuannya, oleh sebab itu dia mengganggu orang lain untuk dijadikan tuan baharu.


“Mak I kata the misteri ketuk pintu tu actually someone’s punya belaan yang dah ditinggalkan so dia cari owner baru. Mak kata kat rumah besan dia pernah datang and besan dia tu keturunan memang dedulu pernah membela.”


Menurut komen yang dibuat oleh pengguna Instagram @mushroom_souup, beliau beranggapan bahawa kejadian ini adalah angkara budak-budak nakal yang sengaja mengetuk pintu untuk tujuan menakutkan orang ramai.


“Rumah aku pun kena gak 2 kali berturut sekitar 3 pagi.. dan saya percaya semua itu adalah kerja-kerja budak nakal disekitar kampung.”


Sumber : Twitter


Isu menjadi lebih serius dan mendapat perhatian ramai apabila terdapat berita dan video yang dimuat naik mengenai kejadian ketukan pintu yang berlaku di Alor Gajah, Melaka. Video yang berdurasi 1 minit itu sempat dirakam oleh sebuah keluarga di rumah kediamannya.


Video berkenaan telah menunjukkan jelas kedengaran bunyi ketukan pintu yang sangat kuat sehingga menggegarkan pintu sliding rumah tersebut. Salah seorang ahli keluarga itu telah memberanikan diri untuk berdiri berhampiran pintu berkenaan dan ternyata memang tiada siapa yang berada di luar. Misteri ketukan pintu ini malah sudah dibincangkan di dalam pelbagai media bermula dari media sosial dan berita-berita online.


Walau bagaimanapun, orang awam dinasihatkan untuk terus berhati-hati dengan keadaan sekeliling dan segera laporkan kepada pihak berkenaan jika berlaku sebarang perkara yang mencurigakan.

100 views0 comments