• Nadi Bangi

Motosikal Pemandu Foodpanda Disimbah Minyak Hitam

Oleh: Syakila Hidayu Suhaimi

Penyunting: Nurul Ain Samad


Sumber : Facebook Rizal Hakimm


KUALA LUMPUR, 4 Mei - Motosikal milik seorang pemandu Foodpanda disimbah dengan minyak hitam dan pengilat tayar ketika sedang menghantar makanan kepada pelanggannya yang merupakan penduduk di Flat Rampai Idaman Prima Damansara pada Ahad baru-baru ini.


Nadi Bangi memetik sumber daripada akaun Facebook milik Rizal Hakimm yang telah berkongsi kisah ini kepada orang ramai pada petang Ahad. Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh penduduk yang menetap di flat tersebut sejurus selepas pemandu tersebut mula menghantar makanan kepada pelanggan di tingkat 4 dan alangkah terkejutnya apabila motosikal yang ditunggangnya dihujani dengan minyak hitam dan pengilat tayar.


Pemandu Foodpanda berkenaan yang dikenali sebagai Rizal Hakimm berkata, dia tidak bermusuh dengan sesiapa dan dia juga bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi mengapa dia diperlakukan sedemikian.


“Maaf kepada penduduk Rampai Idaman, selepas ini saya tidak akan hantar makanan di hadapan pintu rumah lagi tetapi saya hanya akan tunggu di tempat letak kenderaan motosikal sahaja dan kepada si pelaku, hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.” Kata Rizal yang berkongsi kisah tersebut di laman Facebook miliknya.


Kisah ini juga tular di laman sosial Twitter apabila Nabil Fikran berkongsi kisah tersebut dengan mempersoalkan apa masalah rakyat Malaysia sehingga sanggup menganiaya pemandu Foodpanda sedangkan mereka tidak bersalah dan hanya ingin mencari rezeki.


Baru-baru ini juga tular di laman sosial Twitter tentang pelanggan yang berhasrat untuk membayar penghantaran makanan secara tunai dan tidak akan melunaskan bayaran jika pemandu tersebut lewat melebihi satu jam. Ianya telah menimbulkan kemarahan orang ramai sehingga individu tersebut menyahaktifkan akaunnya.

14 views0 comments

Related Posts

See All