• Nadi Bangi

MP Persoal Status Pembinaan Hospital Kapar

Updated: Apr 23, 2021

Oleh: Abdullah Zaid

Penyunting: Farhan Siddiq


Sumber: Abdullah Zaid


KAPAR, 20 April - Pembinaan Hospital Kapar yang menelan sebanyak RM 360 juta dijangka bermula pada tahun lepas dilihat sepi, ekoran tiada sebarang proses pembinaan dijalankan walaupun telah mendapat kelulusan daripada Bajet Belanjawan 2018 yang lepas.


Penangguhan ini amat menyukarkan penduduk Kapar untuk mendapatkan akses dan perkhidmatan perubatan yang sepatutnya, kerana jumlah kepadatan penduduk Kapar yang mencecah ke angka 1.5 juta orang menjadikan akses kemudahan perubatan adalah satu perkara yang perlu.


Terdahulu Ahli parlimen Kapar, YB Abdullah Sani Bin Abdul Hamid yang membawa usul projek hospital awam ini berkata usaha untuk memastikan pembinaan ini bergerak seperti yang dirancang telah pun dibuat melalui sidang parlimen namun masih tiada lagi jawapan yang diberikan oleh pihak yang sepatutnya.


“Saya telah mengajukan soalan ini kepada pihak Menteri Kesihatan Dr Adham Baba melalui sidang parlimen yang lepas dan pihak kerajaan hanya memberi respon “masih dalam proses”. Alasan pihak kementerian juga mengatakan penularan wabak Covid-19 juga menjadi sebab pembinaan hospital terbantut. Perkara ini mendatangkan kekeliruan kepada saya. Jangan katakan hospital tidak buat, balai polis Kapar pun tak jalan”, ujar beliau.


Turut menambah ahli parlimen Kapar itu mengatakan idea untuk membina hospital awam di Kapar telah lama dirancang. Namun tiada usaha untuk membawa perancangan tersebut ke peringkat parlimen.


“Perancangan idea untuk membina Hospital Kapar sebenarnya dah lama dirancang sejak dari tahun 2015 lagi. Namun disebabkan terlalu banyak campur tangan melibatkan pihak persekutuan dan kerajaan negeri. Perancangan ini masih terbantut”.


“Sejak saya memegang wakil rakyat di sini, rata-rata pengundi di sini mahukan pembinaan Hospital Kapar dibuat. Disebabkan untuk saya membawa isu ini ke peringkat parlimen dan berjaya diluluskan dalam pembentangan bajet 2018”.


Ahli parlimen Kapar juga turut berharap agar pembinaan hospital disegerakan ekoran keadaan yang mendesak penduduk Kapar bagi mendapatkan kemudahan perubatan yang eksklusif terutamanya keadaan jangkitan Covid-19 yang teruk di Kapar.


“Saya berharap agar satu tempoh terdekat bagi pembinaan Hospital Kapar perlu disegerakan bagi memudahkan akses orang ramai mendapat bekalan perubatan yang mudah dan dekat. Lebih-lebih lagi kawasan Kapar mempunyai rekod kes positif Covid-19 yang tinggi. Jadi keputusan pembinaan hospital ini perlu disegerakan”, ujar beliau.

181 views0 comments

Related Posts

See All