top of page
  • Writer's pictureHaisyadatul

Murid Dicekik Oleh Bapa Rakannya Undang Kemarahan Netizen

Updated: Jun 1, 2022

Penulis : Haisyadatul Hurairi

Penyunting : Farena Hani


Sumber: Twitter @501Awani


KUALA TERENGGANU, 24 April: Rata-rata netizen mengecam tindakan seorang bapa apabila dia bertindak mencekik, mengangkat dan melepaskan ke tanah seorang murid sekolah rendah di negeri ini pada Ahad lalu.


Sesudah sahaja perkara ini tersebar di laman Twitter, netizen berpusu-pusu meninggalkan komen yang negatif terhadap si pelaku. Berita ini telah meraih 612 retweet, 229 quotes retweet dan 893 likes dalam masa 50 minit sahaja.


Kebanyakan netizen menunjukkan rasa ketidakpuasan hati dengan tindakan yang dilakukan oleh si pelaku terhadap mangsa.




Sumber : Twitter


Ada juga segelintir warganet berpendapat bahawa anak kepada si pelaku merupakan seorang pembuli. Mereka turut berkata pihak sekolah juga perlu sentiasa memantau tingkah laku murid - murid di sekolah.




Sumber : Twitter


Hamira Hurairi, 30, guru dari sekolah swasta berpendapat pendidikan dari rumah sangat penting dimana ibu bapa perlu bertanggungjawab memberikan contoh yang baik kepada anak-anak kerana ada kebarangkalian mereka menjadi agresif di sekolah disebabkan oleh kegagalan sesetengah ibu bapa untuk menunjukkan contoh yang baik di hadapan anak mereka.


“Mana-mana sekolah kini mempunyai pemimpin rakan sebaya. Jadi, pihak sekolah hendaklah mendidik pemimpin rakan sebaya ini agar mereka dapat membantu rakan-rakan yang mungkin tidak berani untuk berkongsi masalah yang dihadapi pada orang lain. Guru-guru kaunseling juga memainkan peranan yang besar dengan mencari punca mengapa pelajar ini berperangai seperti itu,” katanya lagi.


Menurut Ketua Polis Daerah Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din, pada jam 1 tengahari, mangsa sedang bermain bersama rakannya sebelum berlaku sedikit perselisihan faham di luar pagar sekolah.


“Mangsa telah menampar muka rakannya sebelum kanak-kanak itu mengadu kepada bapanya lalu bapa rakannya bertindak menyerang mangsa dengan mencekik, mengangkat dan melepaskannya ke tanah. Mangsa dipercayai terkena batu kerana mempunyai luka kecil pada kepalanya,” ujarnya lagi.


Katanya lagi, bapa mangsa telah membuat laporan polis kemudian mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.


Kes ini telah disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.



55 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page