top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Musim Tengkujuh Ancam Jualan Buah Durian di Bentong

Oleh: Chan Lyn Yi

Penyunting: Shirly Low Shi Li

Durian Musing King Bentong.


BENTONG, 5 Dis –Musim tengkujuh di negeri Pahang telah menyebabkan berlakunya

penurunan hasil dan jualan buah durian khususnya di sekitar Bentong.


Menurut Durianinfo, kebiasaannya negeri-negeri yang terletak di bahagian tengah dan selatan Malaysia seperti Perak, Selangor dan Pahang akan mengalami musim durian pada bulan November hingga Januari. Oleh itu, musim tengkujuh yang sedang berlaku telah mengancam hasil dan jualan durian di Bentong.


Nadi Bangi sempat menghubungi seorang petani durian Bentong, Chan Long Sang, 64 yang menyatakan bahawa musim hujan ketika ini telah mengehadkan aktiviti penjagaan dan kerja penyelenggaran bagi pokok durian seperti membaja dan mengawal rumpai atau rumput di sekeliling pokok durian.


“Sangat susahlah kalau ingin menjagapokok durian dalam musim hujan ini. Hujan lebat boleh menganggu proses pendebungaan durian. Bunga dan putik durian juga akan bermasalah seperti gugur sebelum matang. Manakala buah durian yang masakakan gugur awal disebabkan oleh hujan lebat.


“Apabila durian mula gugur dan kami tidak dapat menjaga dan mengawasi dusun pada waktu siang dan malam disebabkan oleh hujan lebat, semua durian akan diambil dan dicuri oleh orang lain.


Chan juga mengatakan bahawa terdapat ramai kawannya yang merupakan pemilik dusun durian mengakui kejadian kehilangan durian sering berlaku pada musim tengkujuh kerana mereka tidak dapat menjaga dusun mereka semasa hujan lebat.


“Biasanya pokok durian mula berbuah seawal-awalnya 4 tahun jika pokok durian itu dijaga dengan penuh kasih sayang. Saya telah menggunakan 6 tahun untuk pokok durian berbuah,” tambahnya.


Menurut seorang lagi pemilik dusun durian, Lee Yoke Seng, 58. “Setiap tahun musim tengkujuh berlaku, kes pencurian durian akan meningkat kerana permintaan terhadap durian terutamanya jenis durian Musang King juga meningkat.


“Dahulu, kebanyakan pelanggan dari Kuala Lumpur dan Selangor datang ke Bentong untuk membeli durian.


“Hasil jualan durian telah menurun kerana kes Covid-19 semakin meningkat, pergerakan adalah terhad dan beberapa negeri telah menguatkuasakan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), tetapi musim durian masih tetap meriah dan dinikmati oleh penduduk Bentong.


“Permintaan terhadap durian adalah lebih tinggi daripada penawaran kerana musim tengkujuh ini,”


“Oleh itu, saya turut melaksanakan perniagaan secara dalam talian dengan menggunakan telefon aplikasi Whatapps sahaja, kami mendapat order daripada pelanggan dan terus menghantar durian ke rumah pelanggan,” katanya.


Mengulas lanjut Lee berkata, setiap hari dia menjual sehingga 100kg (kilogram) durian.


Nadi Bangi juga sempat meninjau permintaan terhadap durian Musang King di sekitar Bentong adalah tinggi dan durian Musang King dijual pada harga mahal.Sepanjang musim tengkujuh ini, harga buah durian dijual di pasaran antara RM60 sekilogram bagi Musang King, D24 RM15 dan durian kampung RM8 sekilogram.

76 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page