top of page
  • Writer's pictureAhmad Bhaihaqi

Naim Daniel Menegur Golongan LGBT

Penulis: Ahmad Bhaihaqi Mat Tiah

Penyunting: Priiyalakshmi Kumarrajah

Sumber Foto: Pinterest dan Twitter

Kuala Lumpur, 14 Dis - Penyanyi terkenal tanah air, Naim Danial menegur seorang lelaki di laman Twitter miliknya yang mana mempertikaikan sikap masyarakat yang tidak menerima golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dalam sebuah video yang tular di alam maya.

Menerusi ciapan ringkas miliknya di Twitter, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin menyatakan bahawa manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T adalah Adam dan Hawa.

“Tuhan ciptakan Adam dan Hawa sebagai pasangan, bukan Adam dan Haikal,” ujarnya di ciapan Twitter miliknya @naimdanielx.

Menerusi ciapannya itu, ia secara tidak langsung mendapat berbagai-bagai reaksi dan komen daripada warga maya sekalian.

Menurut pengguna Twitter yang dikenali sebagai @amirhakim_ms berpendapat bahawa golongan LGBT ini wajib dibenci kerana perbuatannya bukan kerana orangnya.

“Untuk LGBTQ sekalian, kenapa kami benci korang? Pertama kami benci dosa sebegini. Bukan orangnya tapi disebabkan kau tahu kau tu golongan LGBTQ maksudnya kau bangga dengan dengan dosa kau, kau sedar kau buat dosa secara terang-terang, sebab itulah kami benci kalian, kami terpaksa membenci.”

Pengguna twitter @nurhareja turut berkongsi pandangan dengan membalas komen tweet Naim Daniel.

“Islam agama rasmi di Malaysia dan Al-Quran adalah pegangan kami. Jika Al-Quran mengatakan sesuatu benda itu haram maka pandangan yang lain tidak perlu.”

Ada juga pengguna Twitter yang masih lagi menghormati akan golongan pelangi ini namun mereka hendaklah tidak mempengaruhi orang lain untuk terlibat sama dengan dunia mereka.

“Boleh je kalau nak terima LGBT mereka pun masih lagi manusia biasa, tapi janganlah mempengaruhi orang lain untuk menjadi LGBT seperti kamu, dan jangan tunjuk sangat sifat-sifat LGBT di depan orang awam, cukup hanya diri kamu sahaja yang mengetahui dan sentiasa saling menghormati sesama manusia,” ujar pengguna Twitter @EJiviol.

Namun ada juga yang turut mempersoalkan ciapannya namun dalam masa turut memberi respon dengan memberi like pada ikon-ikon LGBT seperti Bretman Rock.


“Mengapa awak like tweet daripada ciapan Bretman Rock yang terang-terang daripada golongan LGBT tapi dalam masa turut mengecam geng LGBT,” ujar pengguna twitter @IvanMarkDCruz.

Rata-rata warga net saling bertukar pendapat antara satu sama lain di ruangan komen ciapan Twitter Naim Daniel. Ada yang masih menghormati dan berharap agar golongan songsang ini mampu berubah ke arah jalan yang benar.

39 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page