top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Neelofa Nafi Beri Wang Sejumlah RM100k kepada PU Riz

Oleh: Muhammad Aiman Bin Shaharudin

Penyunting: Nur Liana Afandi


Sumber: Foto Instagram Neelofa


BANGI, 28 Dis. - Baru-baru ini tular mengenai hubungan selebriti popular Neelofa, 31 dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz, 25 dalam pergolakan dan Neelofa menafikan beri wang sebanyak RM100k kepada PU Riz, ini hangat diperkatakan di laman Twitter.

Selain itu, pelbagai spekulasi dan andaian yang dibuat-buat menjurus kepada itu, menyebabkan Neelofa tampil membuka mulut untuk menjelaskan isu yang sebenar dalam video yang dimuat naik di akaun peribadi Instagram miliknya.


Nadi Bangi telah meninjau rakaman Video berdurasi 4 minit 55 saat yang dimuat naiknya di akaun Instagram miliknya, Neelofa terkejut membaca dan melihat andaian yang keluar berkaitan dengan PU Riz, menyifatkannya tidak betul dan berasas.

Katanya "Apa yang boleh saya cakap, setiap perhubungan ada cerita yang tersendiri. Tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan berlebihan dan membelakangi keluarga saya serta keluarga Haris. Berikan kami masa, doakan kami dapat mencari titik penyelesaian terbaik. Bagi saya, lebih baik perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua pihak. Apabila ada cerita yang menokok tambah, keluarlah kenyataan tidak berasas yang boleh mengeruhkan keadaan".

Bekas pengacara program MeleTOP itu menjawab spekulasi hubungan berantakan dengan pelbagai andaian yang tersebar dalam laman sosial, sejak Sabtu lalu Neelofa berkata, sudah menjadi perkara biasa dalam setiap perhubungan diuji.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada keluarga saya dan Haris atas segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih lagi, kami masih belum ada sebarang ikatan yang sah," katanya.

Menguatkan spekulasi hubungan Neelofa dan Haris sedang bergolak menerusi status yang dimuat naik adik beradik bekas pengacara MeleTOP itu, Noor Nabila, Athisha Khan dan Ameera Khan dalam Instagram Stories (IG Story). Mereka memberi bayangan ada sesuatu yang tidak kena berlaku, malah turut berkongsi doa meminta perlindungan daripada perkara tidak diingini.

Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed dan adik beradiknya bertindak 'unfollow' Haris dalam IG, selain memadam foto ketika majlis merisik. Noor Kartini dilihat 'unfollow' Haris, sejak awal bulan lalu.

Ia juga membabitkan dakwaan Neelofa terkena minyak pengasih, memindahkan wang berjumlah RM100,000 kepada Haris dan melangsungkan pernikahan secara senyap di Kelantan yang diwalikan oleh bapa kandungnya, baru-baru ini.

Neelofa berkata, dia mohon maaf kerana mengambil masa masa untuk bersuara.

"Saya mahu memperbetulkan apa yang sedang tular dalam media sosial berkaitan saya, Haris dan keluarga sejak kelmarin. Saya tidak pernah membuat penjelasan secara terbuka sepanjang kerjaya sebagai anak seni. Selalunya, saya akan ambil pendekatan untuk berdiam diri. Apa yang diperkatakan bukan hanya membabitkan saya, malah keluarga saya dan Haris".

"Secara jujurnya, saya terkejut membaca dan melihat andaian yang keluar berkaitan dengan Haris. Ia disifatkan tidak betul dan berasas," katanya. Tambahan lagi, mengenai tuduhan terkena minyak pengasih dan sedang berubat, memindahkan wang yang banyak pada Haris adalah tidak betul sama sekali. Alhamdulillah, saya berada dalam keadaan sihat. Keadaan kesihatan juga baik seperti yang anda lihat sekarang.

"Andaian kononnya saya melangsungkan perkahwinan dengan dinikahkan oleh bapa kandung di Kelantan adalah tuduhan karut. Andaian ini mengheret nama keluarga, jadi saya perlu memperjelaskan. Semua ini adalah tuduhan amat berat untuk ditelan.

"Saya minta hentikan andaian ini, jangan terus bercakap benda ini kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Saya mohon sangat, daripada bertanya, bercakap dan menimbulkan banyak andaian lain, saya mohon doakan yang terbaik untuk saya dan Haris," katanya.

Neelofa turut mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarganya.

"Kepada keluarga saya, terima kasih tidak terhingga ingin diucapkan. Saya hargai dengan setulus hati atas sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan dan teguran diberikan.

"Sekali lagi, saya mohon kerjasama semua pihak untuk memahami dan memberikan saya ruang yang sewajarnya. Harap perkara ini tidak akan berpanjangan. Akhir sekali, saya sangat memerlukan doa anda. Memadai jika anda berdoa dalam hati," katanya.

5 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page