Nadi Bangi
Neelofa Sekeluarga Mencari Padah Lagi
Oleh: Rienna Kaur
Penyunting: Amirah Syazwani Shawel

KUALA LUMPUR, 18 Mei - Keluarga artis sensasi, Noor Neelofa Mohd Noor sekali lagi dipersoal oleh netizen apabila didapati melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Mereka dapat dikenal pasti selepas kakaknya, Noor Nabila telah memuat naik sebuah video klip pendek yang sah-sah menunjukkan setiap ahli keluarga meminta maaf dan memeluk ibu bapa mereka. Klip pendek yang dirakam oleh kakaknya, Noor Nabila di laman Instagram beliau menunjukkan Neelofa dan seisi keluarganya sedang melakukan sesi salam bersalaman dan berpelukan sempena perayaan yang disambut pada hari itu.
Video klip ini telah menular dengan begitu pantas kerana ia mengundang kekecewaan dan kemarahan netizen yang sudah penat dengan tindakan Neelofa yang sah menyatakan bahawa dia tidak mengambil kisah mengenai SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dengan bersuka ria melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan ke atas Kuala Lumpur sehingga Jun 7 yang akan datang.
Rakaman yang tertular dengan pantas ini telah mengundang kemarahan dan kekecewaan masyarakat maya terhadap Neelofa kerana artis popular ini masih berdegil dan enggan mematuhi SOP yang telah ditetapkan dengan sama rata oleh kerajaan dan sewenang-wenangnya melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan ke atas Kuala Lumpur sehingga Jun 7 yang akan datang.
Kakak Neelofa, Noor Nabila telah cuba untuk memadam video klip ini secepat mungkin setelah membaca kecaman netizen tetapi tindakan dia terlalu lambat kerana video tersebut telah pun disimpan dan dimuat naik di media sosial seperti Facebook, Twitter dan juga Instagram sebagai bukti pelanggaran SOP keluarga tersebut. Video itu juga telah dikongsi sebanyak 2,312 kali di laman sosial Twitter dan memperoleh reaksi yang pelbagai daripada pengguna media sosial.
Netizen berasa terkesan disebabkan oleh perangai Neelofa dan keluarganya yang merasakan bahawa mereka boleh melanggar kuarantin hanya disebabkan mereka kaya dan mempunyai prestij beserta dengan kabel yang boleh menyebabkan mereka tidak akan didakwa oleh pihak berkuasa atas pelanggaran PKP tersebut. Ini juga merupakan kesalahan Neelofa yang ketiga. Sebelum ini, dia sudah pun melanggar SOP dalam majlis perkahwinannya, dengan menjalankan bulan madu di Langkawi dengan menipu pihak berkuasa atas alasan merasmikan cawangan Chatime di situ. Dia juga telah melanggar SOP dengan merentas negeri bersama suaminya untuk membeli karpet di Nilai 3 sebelum ini.
Masyarakat maya berasa terkesan dengan tindakan Neelofa dan keluarga yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh kerajaan hanya disebabkan oleh status mereka yang berkedudukan dan berduit selain mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa. Sebelum ini, beliau juga telah melanggar SOP di majlis perkahwinannya pada bulan Mac lepas dan menjalankan bulan madu di Langkawi atas alasan bekerja. Bukan itu sahaja, Neelofa juga telah menggunakan statusnya untuk merentas negeri membeli karpet di Nilai 3 bersama suami, Muhammad Haris Mohd Ismail.
Seorang pengguna akaun Twitter, @yourtrulyizereen melepaskan kemarahannya dengan menegaskan bahawa ramai anak-anak tidak dapat balik ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa mereka tetapi perangai Neelofa yang begitu sombong dan angkuh tersebut sanggup beraya bersama satu keluarga walaupun perkara tersebut telah dilarang dengan kadar kes Covid 19 yang semakin meningkat di Kuala Lumpur dan juga Selangor.
Ada juga segelintir netizen yang tertanya-tanya mengenai adakah Neelofa boleh diklasifikasikan sebagai seorang pesalah bersiri yang telah melakukan kesalahan yang sama berkali-kali.
Pengguna akaun Twitter @DashveenjitK menegaskan bahawa hukaman lebih setimpal harus dikenakan.
“How? @MKNJPM @DGHisham? @Neelofa breaching the SOP once again. Does that make her eligible for a higher or heavier fine?”
Mereka merasakan bahawa Neelofa bagi kali ini harus diheret ke mahkamah dan diberi hukuman penjara kerana dia memang tidak sedar akan kesilapannya sebelum ini walaupun telah dikompaun dalam bentuk pembayaran denda sebanyak RM60,000. Dia hanya sudah lebih pandai dalam menyembunyikan kesilapannya daripada mata netizen sekarang. Jikalau kakaknya tidak melakukan kesilapan apabila dia memuat naik video klip tersebut, perbuatannya akan terus disembunyikan dan dia sudah tentu akan mengulangi tindakan tidak bertanggungjawab tersebut.
Hasil penularan video klip tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga telah bergerak pantas dengan mengambil tindakan yang mereka merasakan betul dengan membuka kertas siasatan dan bertindak memanggil Neelofa dan ahli keluarganya untuk memberi keterangan di IPD Brickfields secepat mungkin.