top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera’

Oleh : Fatin Nasuha Remle

Penyunting : Zarith Sofea Zawawi



Sumber : Facebook UKM

Bangi, 23 Nov - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat UKM 2019M/1441H di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) dengan tema ‘Negara Rahmah, Ummah Sejahtera.’


Sambutan ini telah berlangsung pada 18 November 2019 dan turut diraikan dengan aktiviti perarakan yang disertai lebih 400 orang kakitangan dari setiap fakulti, jabatan-jabatan di UKM dan para pelajar yang mewakili setiap kolej.


Selain daripada selawat dan perarakan, majlis turut dimeriahkan lagi dengan bacaan daripada pemenang kategori tilawah al-Quran dan persembahan daripada pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi pertandingan nasyid pada Malam Kemuncak Festival Kesenian Islam (FESKIS).


YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Hamdi Abdul Shukor, Naib Canselor UKM berkata, aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di peringkat fakulti seperti FESKIS dan Sambutan Maulidur Rasul ini wajar dilakukan untuk meningkatkan rasa kasih sayang terhadap Nabi Muhammad SAW.


Menurut Mazidatul Husna, (Program Komunikasi Media) berkata, Sambutan Maulidur Rasul pada hari itu mempunyai banyak pengisian yang menarik dan bermanfaat.


“Saya pertama kali menyertai Sambutan Maulidur Rasul dan perarakan peringkat UKM. Saya rasa aktiviti seperti ini perlu dilakukan dan menggalakkan semua pelajar menyertainya supaya selawat yang dialunkan semasa berarak lebih bergema dan dirasai,” katanya.


Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang-pemenang pertandingan FESKIS yang dijalankan selama dua hari dan pemenang bagi pertandingan perarakan pada hari tersebut.


Perarakan bagi kategori kolej, tempat pertama telah dimenangi oleh Kolej Aminuddin Baki manakala bagi peringkat jabatan, johan disandang oleh perarakan daripada Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL).

32 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page