top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Neon Night Run Warnai Dataran Panggung Seni

Oleh : Nur Yusliana Mohd Yusoff

Penyunting : Nur Zulaikha Hisham


Sumber: Instagram @astrea.35



BANGI, 7 Mac - Lebih daripada 1000 peserta yang terdiri daripada pelajar dan orang awam telah menyertai acara larian Neon Night Run anjuran para pelajar dari Kolej Ibrahim Yaakub yang telah berlangsung pada 22 Februari yang lalu bertempat di Dataran Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) baru-baru ini.


Acara larian Neon Night Run yang berkonsepkan cahaya neon berwarna-warni bagi mewarnai dataran Panggung Seni tersebut.


Menurut Pengarah Program, Minnie Chew Mee Ru (Sarjanamuda Undang-undang, 2), objektif larian Neon Night Run ini diadakan adalah untuk memperoleh pengalaman yang baharu oleh para pelajar kolej itu sendiri untuk menganjurkan program yang besar sehingga melibatkan penyertaan oleh seluruh warga UKM dan orang awam.


“Selain itu, 10% daripada yuran penyertaan akan disumbangkan kepada badan amal ADAB Youth Garage yang terletak di Seksyen 1 Bandar Baru Bangi”.


Salah seorang peserta Neon Night Run, Amir Fitri (Sarjanamuda Kejuruteraan Kimia, 2) berkata, “Neon Night Run ini telah memberi peluang kepada saya untuk menyumbangkan dana kepada badan amal yang terlibat dan secara tidak langsung dapat memberi faedah dari segi kesihatan saya sendiri.”


Bagi Zubayr Hisham (Sarjanamuda Undang-undang, 1) yang juga peserta bagi larian ini, “Saya dapat menyihatkan tubuh badan dengan bersukan disamping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan rakan-rakan saya di UKM ini.”


Seramai 10 orang peserta lelaki dan 10 orang peserta wanita telah memenangi acara larian sepanjang 5km ini dan disudahi oleh pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik termasuklah hadiah utama iaitu televisyen bersaiz 32 inci.


Acara larian Neon Night Run ini telah dirasmikan oleh pengasas Neon Concept, Mohammad Fikri.

295 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page