• Nadi Bangi

Netizen Berang Gara - Gara Keputusan Pemenang Ballon D’or 2021

Updated: Dec 11, 2021

Penulis: Mohamad Ameruddin Mohamah Nor

Penyunting: Muhammad Danish Muqrieyz Jamaluddin

Sumber: Google


PARIS, 5 Dis - Keputusan pemenang piala Ballon D’or yang telah diumumkan pada 29 November lalu mendapat reaksi hangat daripada kalangan netizen.


Upacara tahunan Ballon D’or tahun ini menyaksikan Robert Lewandowski mendapat tempat kedua di belakang Lionel Messi bagi anugerah pemain bola sepak terbaik bagi musim 2020 – 2021 sekaligus mencetuskan kontroversi kepada kalangan peminat bola sepak seluruh dunia.


Penyerang kelab Paris Saint-Germain, Lionel Messi telah memenangi anugerah pemain terbaik Ballon D’or pada musim tersebut dengan mendapat 613 mata oleh FIFA dan mendahului Robert Lewandowski yang memperoleh 580 mata, iaitu melebihi 33 mata.


Ballon D’or 2021 merupakan upacara tahunan bola sepak berprestij yang ke 65 dianjurkan di Théâtre du Châtelet, Perancis pada 29 November untuk mengiktirafkan pemain – pemain terbaik bagi beberapa kategori pada musim 2020 – 2021.


Dengan 48 gol dan 9 assist dalam 29 penampilan pada musim 2020 – 2021 dan juga memenangi piala Bundesliga bersama FC Bayern Munich telah menimbulkan banyak persoalan daripada rakyat netizen khususnya peminat bola sepak di seluruh dunia kepada pihak Ballon D’or kerana tidak menganugerahkan piala tersebut kepada penyerang kelahiran Poland itu.


Robert Lewandowski merupakan pemain yang selayaknya memenangi anugerah tersebut pada tahun lalu malah upacara tersebut telah dibatalkan oleh kerana wabak penyakit Covid -19 melanda seluruh dunia.


Menurut bekas pemain bola sepak Jan Aage Fjortoft di media Twitter beliau ,@Janaagefjortoft, jika Lewandowski tidak memenangi piala Ballon D’or musim ini, segala upacara tersebut hanya melibatkan adegan politik sahaja.


“If Lewandowski doesn’t win the Ballon D’or, it’s official…. The price is just politics … Lewandowski is the natural choice” ulas Jan di akaun media sosial Twitter beliau pada 29 November yang telah mendapat 3,680 jumlah retweet dan 23,400 likes.


Thomas Muller, 32, yang merupakan rakan sepasukan Lewandowski di Bayern Munich menyatakan di akaun LINKEDIN beliau bahawa dirinya sangat tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan menyifatkan bahawa Lewandowski selayaknya memenangi piala tersebut.


“'Although I've been in the business for a bit longer and was therefore not really surprised by the outcome (it was similar with Franck Ribery in 2013)” – ulas Muller.


Beberapa pengguna media sosial di Twitter turut menyatakan pendapat mereka mengenai ketidakadilan pihak Ballon D’or tidak menganugerahkan piala bintang bola sepak terbaik itu kepada bekas penyerang Borussia Dortmund itu.


“NO BALLON D'OR EITHER YEAR! JUSTICE FOR LEWANDOWSKI!!” - @sportbible


“Lewandowski deserved the Ballon d’Or.” - @LiamPaulCanning


“Lewandowski is the real Ballon d’Or winner in my book” - @mufcmat9


Walaupun mendapat tempat kedua, Robert Lewandowski berjaya membawa pulang anugerah penyerang terbaik dunia pada upacara tersebut.


20 views0 comments

Related Posts

See All