top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Netizen Berang Individu Mahu Pendidikan Islam Dihapuskan di Sekolah

Penulis : Fitrah Kamaleea Mohd Zam

Penyunting : Nur Syazwana Abu Bakar

Sumber: Twitter


BANGI, 11 Jan - Baru-baru ini terdapat individu di laman Twitter yang dikecam hebat oleh netizen kerana mempertikaikan kepentingan subjek Pendidikan Islam serta mahukan subjek berkenaan dihapuskan di peringkat sekolah kebangsaan.


Isu ini bermula apabila seorang bapa menyatakan ketidakpuasan hati tentang subjek Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi yang diajarkan selama 5 jam setengah untuk seminggu sedangkan subjek seperti Matematik dan Sains hanya diajarkan selama 2 jam setengah dan 1 jam setengah. Rejaie Arbee menerusi akaun twitternya @rejaie tegas menyatakan jadual waktu anaknya itu tidak relevan untuk sekolah kebangsaan.


Sumber: Twitter


Hal ini ditambah lagi dengan pendapat seorang pengguna twitter iaitu Farhan menerusi akaun twitternya @Iamkanahraf. Beliau hebat menyatakan bahawa sekolah kebangsaan tidak sepatutnya menjadi pusat untuk mengajar hal-hal keagamaan. Ianya sepatutnya diajar di luar waktu persekolahan sama ada di rumah mahupun sekolah agama. Menurutnya lagi, subjek Pendidikan Islam itu sendiri tidak penting dalam konteks pendidikan di sekolah kebangsaan.


Sumber: Twitter


Farhan juga turut menyatakan isu utama di sini adalah subjek berkaitan keagamaan mempunyai jumlah masa pembelajaran yang banyak berbanding subjek Matematik dan Sains yang dianggap lebih penting dalam pendidikan di sekolah. Beliau menegaskan pendapat peribadinya bahawa subjek Pendidikan Islam sepatutnya dihapuskan di sekolah kebangsaan.


Kenyataan Farhan ditentang hebat oleh kebanyakan netizen di Twitter. Rata-rata mereka tidak bersetuju untuk menghapuskan subjek berkenaan di peringkat sekolah malahan ianya merupakan salah satu cara untuk memberi pendedahan awal tentang agama Islam kepada kanak-kanak kecil lebih-lebih lagi dengan situasi ibu bapa yang sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk mengajar hal-hal keagamaan kepada anak-anak mereka.


“I have to disagree, tak semua orang ada privilege to learn PAI outside of school hours (family tak religious etc). And pls dont say agama is not necessary and important. Everyone should have atleast basic knowledge of their religion.” -Twitter @h0elyyyyy


“Nak kurangkan jam, nak susun silibus pendidikan agama, tak ada masalah. Jangan habis dibuang terus. Waktu sekolah jelah nak bagi budak pendidikan asas. Waktu universiti nanti pendidikan agama dah jadi pilihan individu.” -Twitter @zamirmohyedin


Tambahan lagi, terdapat netizen yang tidak bersetuju jika subjek Pendidikan Islam hanya diajar di luar waktu sekolah. Hal ini dikatakan demikian kerana bukan semua mampu menghantar anak mereka untuk ke sekolah agama dan juga ada ibu bapa yang mempunyai kekangan masa untuk menguruskan tentang hal anak-anak. Oleh itu, pembelajaran subjek Pendidikan Islam seeloknya diteruskan di peringkat sekolah kebangsaan di samping mampu memberi pendedahan tentang agama Islam.


“Tk boleh jugak. bila kita separate kan SK and SRA/KAFA not all parents afford to sekolah kan anak diorang for both at the same time. and some schools are too far from one another kesian parents and the kids too bcs the transportation n stay sementara bfr sesi ptg pulak.” -Twitter @jannahsufaat


Menurut Farhan lagi dalam konteks pembangunan negara dan populasi, apa yang perlu lebih diketengahkan ialah subjek-subjek berkaitan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta sastera. Beliau menyatakan di dalam konteks sekolah kebangsaan, subjek Pendidikan Islam bukan lah sesuatu yang perlu diperuntukkan.


“Sangat tak setuju. PI perlu diteruskan. Budak-budak tak mampu nak keluar belajar lagi lepas habis waktu sekolah. Jangan disebabkan untuk kekal maju kedepan, pembelajaran agama kita ketepikan.” -Twitter @dausmax_

418 views2 comments

Related Posts

See All

2 commentaires

Noté 0 étoile sur 5.
Pas encore de note

Ajouter une note
Andy Matthew
Andy Matthew
13 janv. 2022

Yea totally disagree cuz what important is to balanced the syllabus not abolish it. Why is this even an issue at the first place?

J'aime

beauty queen
beauty queen
13 janv. 2022

nak komen r kan.. saya tentang/bantah.. sgt2 if kata nak hapus subjek (J)-jawi/(T)-tasmik/(AQ)-alquran/(U)-ulum.kerana ia subjek yg berbeza.. tak semua pelajar dapat pendidikan di SRA kerana sesetengah ibubapa kurang mampu untuk mghantar anak2 mereka le sekolah 2sessi ini.. dgn kos sara hidup kini.. dengan yuran dan duit buku di SRA yg boleh di katakan sama seperti kos SK...adakala buku atau kitab juga perlu dibeli sendiri..kita juga bersyukur kerana anak kita mndapat ilmu agama di SK walaupun tak seperti bersekolah di SRA..anak saya mendapay pendidikan agama di SK 5jam dalam seminggu.. alhamdulillah..maaf cakap ya.. pelajaran di SRA juga kadang2 tak mcm kita dlu2 lengkap sampai boleh bertilawah.. kini belajar di SRA pun dah mcm sekolah khas agama..tapi satu tanya anak kita.. ad…

J'aime
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page