top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Netizen Berang Selepas Festival Astroworld 2021 Ragut 8 Nyawa

Penulis: Nurul Syahira Binti Jais

Penyunting: Lim Zhi Ying

Sumber: Google


HOUSTON, 6 Nov – Festival ‘Astroworld’ menjadi suasana tragis apabila 8 maut dan lebih 300 orang tercedera selepas menghadiri konsert penyanyi Travis Scott, 29 yang telah dihadiri lebih 50,000 pengunjung pada hari Sabtu yang lalu.


Warga netizen di laman sosial Twitter mengecam penyanyi tersebut tidak berperikemanusiaan kerana tidak menghentikan konsert serta merta walaupun peminat sudah menjerit ada yang tidak menyedarkan diri di bawah pentas.


Terdapat beberapa video footage di mana sebahagian dari pengunjung dan peminat Travis berteriak “Stop The Show” namun tidak diendahkan oleh penyanyi itu dan pihak krew pada masa itu. Rata-rata di situ ada yang mula tidak menyedarkan diri dan sesak nafas disebabkan keadaan terlalu sesak dan sistem pengudaraan terganggu. Suasana ketika itu sangat panik dan huru-hara.


“The girl shouting “Please Stop The Show!” and the staff & organizer did nothing. This shit is heartbreaking #AstroWorld. If the show was stopped sooner, how many lives could’ve been saved?” – Twitter @ ChaudharyParvez

Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter @Loyyal_Jayy yang juga merupakan salah seorang pengunjung pada malam itu antara yang mendapat perhatian netizen dengan jumlah 3,964 Retweet dan 229k Likes. Beliau yang telah tercedera berkongsi apa yang terjadi pada tragis tersebut.


“Decided to share with everyone what happened, as last night was a complete nightmare. Last night I almost died. Seriously, I was in the crowd near the front. Travis just came on stage and the crowd got crazy. I was immediately pushed to the ground. I was flat on the ground & about 5 other people were on top of me. I was at the very bottom. I couldn’t breathe. I was screaming for help. “PLEASE HELP ME! Y'ALL ARE KILLING ME”, is what I screamed in fear, that tonight could have possibly been my last. I was being crushed, stepped on continuously for 2 minutes straight. Eventually, a random guy saw me struggling, his eyes opened wide and he grabbed me, pulling me up saying “you need to get out of here”. And that’s what I did – Twitter @ Loyyal_Jayy


Konsert yang sepatutnya diadakan bagi acara hiburan buat peminat Travis Scott bertukar menjadi tragis apabila secara tiba-tiba, ramai orang tumbang, alami kegagalan jantung dan sukar bernafas yang menyebabkan situasi menjadi lebih panik.


Ada juga yang menyangkal keadaan ini seperti disengajakan dan dirancang oleh artis barat itu kerana skrin yang dipaparkan di pentas ketika itu terdapat “See Ya On The Other Side” atau mungkin ini hanyalah salah satu “rumour” yang dibualkan oleh netizen.


Terdapat satu tangkapan video yang diposkan menerusi laman Twitter di mana penyanyi itu hanya merenung keadaan di bawah pentas dan masih meneruskan nyanyian sungguhpun ketika itu peminatnya sudah bergelut menyelamatkan nyawa masing-masing. Rata-rata netizen tidak berhenti menyuarakan isu ini di laman sosial mereka.


“Travis Scott moved from the stage to a podium and was looking down at the pile of dead bodies singing ‘Dead’ as the body was getting carried out. Beyond disturbing and dark.” – Twitter @ BelleDigs


“Travis Scott continued the show. After seeing the ambulance in the crowd. Even after this, the organizer did not stop the show. At least 11 dead and over 300 injured after crowd surge at Travis Scott’s” – Twitter @ Kumarsubodh_


“Travis Scott is cancelled. He’s responsible for the multiple people that died at his concert. A 14 year old and a 16 year old PASSED AWAY at his concert. They were just trying to enjoy the concert man” – Twitter @ Eleonorasimonis


Setakat ini jumlah kematian melibatkan 11 nyawa dan 300 tercedera lain sedang dirawat. Ramai juga peminat yang berkongsi rasa trauma dan simpati terhadap mangsa melalui laman sosial Twitter dan Tiktok. Kenyataan dari penganjur LiveNation memutuskan bahawa persembahan yang dijadualkan selepas konsert Travis Scott dibatalkan selepas tragedi ini.


203 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page