Penulis: Nur Syafiqah Binti Mohamad Jafri
Penyunting: Moganapriya Loganathan
Sumber: Twitter
BANGI, 31 Oktober – Rata-rata netizen di laman sosial Twitter mengecam isu berkaitan harga tuala wanita mahal menjadi punca peningkatan kadar kehamilan dalam kalangan wanita B40.
Isu yang tular baru-baru ini telah menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet. Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Nur Ashikin, 32, Pejuanita Muda telah menimbulkan pelbagai spekulasi warganet di laman sosial Twitter. Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di laman portal berita Sinar Harian mengenai pemberian tuala wanita percuma kepada wanita B40 bagi mengelakkan daripada mengandung dengan kerap.
“Bantuan ini sewajarnya diberi kepada semua wanita B40 agar dapat membantu wanita daripada mengandung dengan kerap ekoran tidak mampu membeli tuala wanita”- Nurul Ashikin.
Kenyataan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet di laman Twitter yang menganggap tuala wanita percuma adalah sesuatu yang tidak masuk akal bagi mengelakkan daripada mengandung dengan kerap.
Menerusi ciapan seorang pengguna Twitter @AbudiAlsagoff , isu ini telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen. Tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati ciapan ini telah mendapat 1,693 retweets dan 3,502 likes oleh pengguna Twitter.
Ramai pengguna Twitter yang menyuarakan pandangan berkaitan isu ini mengikut perspektif yang berbeza.
“They avoid period for 9 months when they get pregnant. They choose pregnancy over periods and pads. Hence, the help of giving sanitary pads. Sanitary pads is probably costly for the lower income. It is real issue. This happen because of lack awareness and future planning”- Twitter @ Bly_Leo.
“Maybe you don’t understand what its like to being poor. Poor people cant think long term. They just think what im going to eat today” – Twitter @ matamu_tamu
Terdapat juga individu yang menceritakan pengalaman kekangan wang untuk membeli tuala wanita. “Dulu aku mmg berkira nak beli pad. Wpun masa tu pad harga rm4++ kot. Sbb ayah aku penoreh getah. Terpaksa save money untuk beli pad. Org tak pernah miskin mmg tak faham & pelik bila kata nak beli pad pun tak kan tak mampu” – Twitter @ Amni_lemon.
“Sebenarnya aku rasa start masuk uni or kerja kot baru start pakai pad, pad ni benda mewah jugak sbb pakai buang. Mak aku xpernah pun guna pad, masa dulu2, tgh harga rm5 tu dah sama telur 10 biji kot…telur tu tahan utk 1 hari for whole family time xde duit, 8 org” – Twitter @ miinanyaaaaan.
Ramai netizen memberi reaksi positif sekiranya tuala wanita diberikan kepada semua wanita B40 secara percuma. Ada juga pengguna Twitter yang memberi nasihat kepada masyarakat terutama pengguna laman media sosial agar tidak membuat sebarang andaian yang melulu sekiranya tidak memahami dengan jelas isu yang diperkatakan.
“ Lelaki kalau takde masalah period nak pakai pad boleh diam jelah simpan pendapat tu. Lagi elok tanya adik beradik perempuan cukup ke tak duit nak beli pad kalau tak kau belikan”- @TheUsopIbrahim
Comments