Nadi Bangi
Netizen Kecam Tindakan Seorang Lelaki Cuba Hentikan Penjualan Arak
Penulis: Nur Syafiqah Jafri
Penyunting: Moganapriya Loganathan

Sumber : Twitter
BANGI, 8 Dec – Tindakan seorang lelaki melayu yang cuba menghalang aktiviti jual beli minuman keras di sebuah kedai 99 Speedmart Southville Bangi telah mendapat kecaman daripada netizen kerana dianggap telah menggunakan sentimen agama bagi meraih populariti.
Satu posting yang telah dimuatnaik oleh lelaki yang bernama Bilal Jailani di akaun media sosial Facebook telah mula tular di ruangan Twitter dan menjadi pendebatan dalam kalangan netizen. Tindakan beliau yang cuba menghalang aktiviti jual beli minuman keras di sebuah 99 Speedmart itu dianggap seperti mengganggu pekerja kerja tersebut.
Ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut kerana beranggapan tindakan yang dibuat boleh menjejaskan pekerja kedai tersebut. Tindakan yang dibuat oleh lelaki tersebut juga dianggap boleh menyebabkan pekerja kedai tersebut kehilangan kerja.
Menerusi posting yang dibuat oleh Bilal Jailani di akaun Facebooknya, beliau ada menyatakan bahawa tindakan yang sama telah dilakukan oleh beliau sebanyak empat kali. Tujuan beliau melakukan tindakan sedemikian kononnya bagi melatih nahi mungkar dan memperbaiki diri.
Tinjauan wartawan Nadi Bangi, ramai netizen di ruangan Twitter yang tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil dan menganggap tindakan yang dibuat hanya untuk meraih populariti dengan menggunakan sentimen agama.
Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, @EnemyOfGawd, yang mengecam tindakan lelaki tersebut. Ciapan ini telah mendapat sebanyak 1825 retweets dan 2335 likes. Melalui ciapan tersebut, beliau menyatakan mengenai sikap melayu islam.
“Melayu islam. Bila arak menggelupur. Rokok yang terang haram buat tak tahu pula”.
Ciapan yang dimuatnaik oleh @EnemyOfGawd telah mendapat banyak komen negatif yang tidak bersetuju dengan tindakan Bilal Jailani.
Komen yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter @PakcikBertwit juga turut mengecam tindakan lelaki tersebut. Komen yang dimuatnaik menyatakan bahawa lelaki tersebut seolah-olah menindas orang yang lebih susah kerana telah mengganggu pekerja kedai tersebut.
“Konsep “nahi mungkar” melayu begini memang requisitenya perlu menindas orang yang lebih susah ya? Habis cashier pun hendak disusahkan. She’s just trying to end her shift, man. She’s not responsible for your sensitivities”.
Komen lain yang turut mengecam tindakan lelaki tersebut telah dimuatnaik oleh @dxxtroy dan @FlynnDelano yang menyatakan mengenai pemilik 99 Speedmart bukanlah daripada orang Islam.
“Owner 99Speedmart is not even muslim, nak orang kerja suci murni kau offer lah kerja lain yang shariah compliance kat diorang. Bukan messing up dengan business orang” - @dxxtroy.
“Nanti kalau speedmart letak syarat nak ambik pekerja non muslim sahaja mula lah kata diskriminasi yada yada” - @FlynnDelano.