top of page
Writer's pictureNadi Bangi

Netizen Kecewa Dengan Muzik Video Terbaharu Blackpink

Oleh: Syakila Hidayu Suhaimi

Penyunting: Nurul Ain Samad



Sumber : Youtube Blackpink


KUALA LUMPUR, 26 Jun - Kemunculan semula kumpulan penyanyi wanita Korea Selatan, Blackpink melalui muzik video How You Like That ternyata tidak mampu menambat hati semua peminatnya apabila segelintir warga Twitter meluahkan rasa kecewa mereka terhadap bait lirik dan koreografi tarian yang dipersembahkan.


Walaupun berjaya meraih lebih daripada 90 juta tontonan di Youtube dalam masa sehari, Blackpink tidak terlepas menerima kritikan mengenai lirik lagu yang terlalu ringkas dan kerap mengulangi bahagian korus. Tarian yang dipersembahkan turut dikritik kerana ianya sangat perlahan dan tidak mampu menandingi lagu mereka sebelum ini iaitu Kill This Love.


Nadi Bangi memetik sumber daripada akaun Twitter milik @Naufaltroye yang menyatakan bahawa dia kecewa dengan kemunculan semula Blackpink. “Aku sorang je ke yang kecewa dengan blackpink punya comeback? Mereka ambil masa setahun lebih untuk buat comeback tapi sejujurnya lirik lagu baru ni sangat kurang dan tarian mereka sangat perlahan,” katanya.


Hampir semua yang meninggalkan komen bersetuju dengan pernyataan tersebut dan rata-ratanya menyalahkan YG Entertainment iaitu sebuah syarikat hiburan yang bertanggungjawab ke atas Blackpink termasuklah pengeluaran lagu mereka. “YG treat them like a shit you know. YG tak bagi mereka buat lirik lagu dan koreografi tarian. Mereka pun dah banyak kali minta maaf sebab tak dapat buat comeback macam kumpulan yang lain,” kata pemilik akaun @lilyskyros3.


Bukan itu sahaja, lagu terbaru Blackpink ini juga mencetuskan kontroversi kerana dipercayai terdapat unsur penghinaan agama di dalam muzik video tersebut apabila pengguna akaun @fltrhoshi memuat naik gambar di mana kelihatan patung Ganesha diletakkan di kedudukan bawah. Kekecewaan warga Twitter terutamanya penganut Hindu bertambah apabila wujudnya isu sensitiviti perkauman dalam video tersebut.


“Orang yang obses dengan kpop takkan peduli tentang hal ini tapi di sebelah Lisa itu adalah Ganesha. Ganesha ialah patung yang dianggap dewa bagi penganut Hindu dan ianya sangat tidak sopan apabila Ganesha diletakkan di atas lantai dalam muzik video tersebut,” katanya.


YG Entertainment sekali lagi dipersalahkan kerana memandang remeh terhadap perkara ini sedangkan ianya sangat sensitif bagi mereka yang beragama Hindu. “Betul, saya beragama Hindu dan meletakkan dewa Ganesha di bawah sangat tidak menghormati bagi penganut Hindu. Perkara ini boleh menyebabkan kontroversi yang besar tapi semua ni lebih kepada salah staf. Mereka patut lebih berhati-hati! Lisa pun sepatutnya lebih cakna tentang perkara ini sebab dia pun menyembah dewa Ganesha. YG patut buat sesuatu sebelum perkara ini sampai ke negara India!”, kata seorang pengguna Twitter @Loveena_614.


Sebelum ini, YG Entertainment telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat dua muzik video yang akan dilancarkan untuk kemunculan semula Blackpink. Muzik video yang kedua dijangka bakal dikeluarkan pada hujung bulan September tahun ini.

97 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page